BEN ASHAARI TANYA APA YANG AKU MAHU SEBENARNYA ?
5/14/2012 06:52:00 pm
Abe cuma mahu apa yang Rakyat Malaysia mahu sebenarnya... Apa yang elok, elok lah jugak sebenarnya...
Senarai undi di'recheck'
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
Undi pos diperbaharui kaedahnya
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
Dakwat kekal dicuba guna
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
Kukuhkan institusi awam
• Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.• Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
• Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
• Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
• Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Jangan diganggu gugat dengan camputangan politik.
• Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Jangan diganggu gugat dengan campurtangan politik.
Hentikan rasuah
• Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi.• Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
• Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
* Abe bukan pro mana-mana badan mahupun apa-apapun jua. Abe cuma mahu 'Keadilan Dilaksanakan'. Tepuk dada tanya hati, Wallahualam...
Published with Blogger-droid v2.0.4
4 comments
wah banyakknya huhuhu..
ReplyDeletesemoga apa yg kita luahkan ini di dengari ^^
tu lah, lebih 200 kot. jap lg sy edit smula... ni pun sy post by Blogger-Droid
ReplyDeletewah3..bnyk cetusan idea ye...bgus2..hehe
ReplyDeletesetuju !!
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"