Oat adalah makanan paling ringkas dan mudah untuk berdiet. Tahukah korang oat digelar raja serat? Serat merangsangkan
pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan.
Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya,
menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Manakala serat dalam usus kecil
membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. So,
semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan seperti sembelit dan buasir.
Oat
sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada
kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan
jantung. Oat
secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan
yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung. Seperti
buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan
bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang
penyakit.
Oat
adalah makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima
sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua. Oat
kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana
keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak
mahal. Oat
mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink,
kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding
makanan bijirin lain.
Menu diet yang dianjurkan 1:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oatSnek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
Menu diet yang dianjurkan 2:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemakSnek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
ye betul...saya sedang amalkan oat sekarang...heeeee
ReplyDeletebila tengok pada menu diet tu cam boleh digantikan dengan produk herbalife. sebab produk ni memang ad serat oat....oat memang pening wat kita cepat tut...
ReplyDelete