FAKTA: Tentang KUCING...
5/25/2012 08:06:00 pm
Saja je malam ni Abe nak kongsi Info pasal kucing dengan korang semua... Sekadar bahan bacaan untuk menanbah pengetahuan, apa salahnya singgah baca ye... tq
~ Kucing yang matang memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya, sementara anak kucing memiliki 26 buah gigi.
~ Kucing dengan bulu putih dan mata biru biasanya terlahir tuli, walaupun begitu indera lain mereka berkembang sebagai gantinya.
~ Misai pada kucing sangat sensitif dan
dapat merasakan perubahan tekanan udarabahkan yang kecil sekalipun.
Kemampuan ini membuat kucing boleh menggunakannya sebagai alternatif
untuk bergerak dalam kegelapan ketika ia tidak boleh melihat.
~ Walaupun kucing mempunyai 5 jari di kaki
depan, mereka hanya mempunyai 4 jari padakaki belakang. Namun pada
beberapa kucing dapat lahir dengan jari banyak sampai 7bahkan dengan
tulang tambahan.
~ Pada saat kucing berumur 6 bulan, itu sama dengan 10 tahun usia manusia.
~ Jika anda memerlukan sinar UV untuk melihat, pakai saja kencing kucing, kerana kencing mereka menyala dalam gelap.
~ Tahukah kamu, kucing (Felis
silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan
predator paling hebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh dan atau
memakan beberapa ribu spesies, mengalahkan kucing besar (seperti singa,
harimau, danseumpamanya) yang hanya mampu memangsa kurang dari 100
spesies.
~ Kucing telah berasosiasi dengan kehidupan
manusia sekurang-kurangnya sejak 3500tahun yang lalu. Ketika itu orang
Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan
pengerat lain dari hasil tuai mereka.Namun, percaya atau tidak, di
dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yangtermasuk laluan
murni atau kucing bangsa. Selebihnya, adalah kucing hasil
pencampurandari pelbagai bangsa atau biasa yang kita sebut sebagai
kucing kampung. Kerana itu,kucing bangsa termasuk kucing yang paling
sering anda cari dan mahal harganya.
~ Kucing biasanya mempunyai berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10kg, kecuali diberi makan berlebih.
~ Dalam penangkaran, kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup di persekitaran keadaan moden hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.
~ Kucing termasuk haiwan yang sangat
bersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilati rambut mereka.
Saliva atau air liur mereka mempunyai daya pembersihan yang kuat, tapi
dapat mencetuskan alahan pada manusia.
~ Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur.
Waktu tidurnya berubah-ubah di antara 12 - 16jam sehari, dengan angka
rata-rata 13 - 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur
selama 20 jam dalam satu hari.
~ Percaya atau tidak, di abad pertengahan
kucing dianggap berasosiasi dengan penyihir dan sering dibunuh dengan
cara dibakar dan dilempar dari tempat tinggi. Sejumlah ahli sejarah
percaya bahawa wabak Black Death atau wabak pes menyebar dengan cepat
diEropah pada abad ke-14 akibat tahyul itu. Hal itu disebabkan banyaknya
pembunuhan kucing yang dilakukan sehingga meningkatkan populasi tikus
yang membawa wabak pes.
~ Pada mata kucing ada lapisan pemantul
cahaya yang dinamakan tapetum lucidum, yang menyebabkan mata kucing
berpendar di malam hari. Lapisan pemantul ini dapat menyerap cahaya 6
kali lebih kuat daripada mata manusia, yang membolehkan kucing untuk
dapat melihat di kegelapan.
~ Di Indonesia, suara kucing sering ditulis
dengan kata ”Meong”. Dalam bahasa Inggerisyang digunakan di Amerika,
suara kucing sering ditulis dengan ”Meow”. Di negara Inggerissendiri,
suara kucing ditulis ”Miaow”. Kalau bahasa Jepun sering ditulis dengan
kata ”nya”.
Adakah kucing anda tergolong dalam fakta di atas?
3 comments
nice info abe..saya penggemar tegar kucing =)
ReplyDeletewahhh..eksaited sy baca.....=)
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan fakta di atas.
ReplyDeletetapi saya tak tahu pula yang air kencing kucing ni 'glow in the dark'..
patut la mereka kambus air kencing mereka tu, takut rahsia terbongkar!
Haha!=D
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"