contoh aplikasi yg Abe telah cuba suatu masa dulu sebelum Abe tahu mengenai petikan hadis ni
SILA AMBIL PERHATIAN..
Kepada Sahabat-sahabat Abe, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.
Contohnya seperti:-
"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".
Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.
Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.
Nabi dah pesan tentang hal ini.
Nasib xbpe minat main mende tuh :)
ReplyDeletehaah, nasib baik gk tak pernah nak sibuk2 nk tanya pn pasal ramalan sume ni
ReplyDeleteSetuju..sama halnya jgk dgn membaca horoskop.
ReplyDelete