Dongak Ke Atas & BERSYUKUR
6/19/2012 12:53:00 amSalam
Sekadar renungan awal pagi ni, Abe cuma memikirkan sesuatu... Tak lelap nak tido bukan sebab nak tengok Euro 2012 tau... Sudah lama Abe fikir, sudah lama Abe duk asyik cuba nak faham tapi masih tak faham-faham jugak sampai la ni... Huhuhu
Pada Abe, Individu keras hati, lalai perintah Allah mudah dipermainkan syaitan akan terdorong untuk melakukan perbuatan keji... MARILAH kita sentiasa menghubungkan diri dengan Allah Yang Maha Pencipta sekalian alam dengan cara mengingati kebesaran-Nya, mengingati segala rahmat, nikmat kurniaan-Nya yang sentiasa dicurahkan kepada kita.
Dalam keadaan tidur pun, Allah mengirimkan rahmat-Nya ke dalam tubuh kita untuk menggerakkan jantung dan paru-paru. Oksigen kita hirup melalui udara adalah rahmat Allah yang diperlukan oleh badan supaya kita boleh hidup. Bukan itu saja, banyak lagi rahmat yang dikurniakan Allah kepada kita.
Wajarkah manusia lupa terhadap Allah? Tidak pernah mengingati dan menyebut nama Allah, tidak pernah bersyukur dan memuji Allah, bahkan tidak pernah beribadah menyembah Allah?Allah menyeru manusia supaya selalu ingat dan jangan lupa terhadap-Nya dalam firman yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya.” (Surah Al-Ahzab, ayat 41)
Sekian dari Abe untuk renungan kita bersama... Sesekali kita perlu 'Dongak Ke Atas & BERSYUKUR'... Wassalam...
Published with Blogger-droid v2.0.4
4 comments
InsyaAllah abe =)
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteInsyAllah..
ReplyDeletetak perlu donggak pun memang kena syukur sentiasa.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"