Saturday, 23 June 2012

Jangan berlebih-lebihan ketika memuji

Setiap perbuatan, Rasulullah SAW ajar caranya supaya dilakukan dengan cara yang betul:

Jangan berlebih-lebihan ketika memuji --->

Contoh: Jika seseorang itu pandai memasak, jangan puji tukang masak tersebut, tapi pujilah makanannya dengan mengatakan, "Sedapnya nasi ayam ni" dan BUKAN "Pandainya kamu masak nasi ayam ni, bombastik!"

Jangan mengeji ketika menegur --->

Contoh: Jika seseorang itu tidak mendirikan solat, jangan kita pulaukan dia, menceritakan keburukannya pada orang lain, dan mengeluarkan kata-kata kesat padanya, tapi nasihatilah dan bimbinglah dia dengan mengatakan, "Solat untuk orang yang takutkan Allah, kalau kamu takut padaNya, jom kita solat sama-sam jom" dan BUKAN "Kau tak solat, x payahla nak tunjuk baik nak tolong aku, neraka la tmpat kau!" (Astaghfirullah)

Smoga menjadi peringatan untuk kita semua, selamat malam... ^_^

KELEMBUTAN DAN RENDAH HATI menghapuskan KEDEGILAN DAN RASA ANGKUH, ibarat air yang memadamkan api...

2 comments:

  1. betul..nk puji boleh, tp jgn lebih2.nak keji pon xyh la smpai sakitkan hati org tu ^^

    ReplyDelete
  2. setuju dgn entri ini......

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"