Sahabat Que 'Silent Readers'

NGERI: Mat Rempit Maut Bawah Lori...

6/07/2012 02:11:00 pm

Mat Rempit Maut
KUALA LUMPUR – Dua remaja dipercayai mat rempit maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.

Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada jam 3.32 pagi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah lori tiga tan yang membawa muatan ikan.

“Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah van yang datang dari arah sama,” katanya.

Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal, Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan van tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian 019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999. 

You Might Also Like

4 comments

  1. Sia2 je diorg ni.....
    Al-Fatihah utk mangsa yg tbabit....

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah... sadis juga aku dgr... ngeri la nk bawa laju... tp ngeri pon selalu nye datang kejap kejap je

    ReplyDelete
  3. Syukor aman tu kawan saya . dia dah meningga setelah beberapa hari koma :'(
    . Sedih gak

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad