KUALA LUMPUR – Dua remaja dipercayai mat rempit
maut, manakala dua lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan
di Jalan Ipoh, menghala ke pusat bandar, awal pagi semalam.
Tiga motosikal yang ditunggangi empat remaja dipercayai mat rempit
itu hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh sebuah lori dan van yang
sedang berhenti untuk pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada
jam 3.32 pagi.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi
Supritendan Abdullah Roning berkata, penunggang motosikal, Muhammad
Shafuan Ismail, 16, maut di tempat kejadian setelah terperosok ke bawah
lori tiga tan yang membawa muatan ikan.
“Seorang lagi penunggang yang maut dikenali sebagai Muhammad Hafiz
Naim Mohamad Termizi, 15, setelah motosikalnya bergesel dengan sebuah
van yang datang dari arah sama,” katanya.
Menurutnya, dua lagi rakan mereka iaitu penunggang motosikal,
Muhammad Syukor Aman Rashid Nizam, 16, dan pemboncengnya, Muhammad Haziq
Lukman 18, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Selayang
untuk rawatan lanjut.
“Ketika kejadian, kesemua mangsa menunggang motosikal dengan laju dan
tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum merempuh sebuah lori dan
van tersebut,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati kesemua mangsa tidak memiliki lesen
motosikal. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk
bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh
menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Harun Omar di talian
019-3731710 atau Balai Trafik Kuala Lumpur 03-20719999.
Sia2 je diorg ni.....
ReplyDeleteAl-Fatihah utk mangsa yg tbabit....
Al Fatihah... sadis juga aku dgr... ngeri la nk bawa laju... tp ngeri pon selalu nye datang kejap kejap je
ReplyDeleteSyukor aman tu kawan saya . dia dah meningga setelah beberapa hari koma :'(
ReplyDelete. Sedih gak
jangan ugal2an di jalan
ReplyDelete