Friday, 8 June 2012

SADIS: Polis Trafik Dilibas Mat Rempit Meninggal Dunia

 Allahyarham Koperal Mustaghni Tabir

Anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Mustaghni Tabir, 48, meninggal dunia kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Mustaghani sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) cedera parah di kepala dipercayai akibat dilibas dengan topi keledar oleh “mat rempit” ketika sedang menjalankan operasi di Jalan Gembira, Taman Bunga Raya, di sini jam 3.30 pagi, Ahad lalu.
SEDIH...Norizan memeluk anaknya, Khairunnissa. Di kanan, Mohd Hafiz. 
 
“Cuma saya pesan jangan jadi jantan dayus, tolonglah datanglah jumpa kami,” hanya itu mampu diluahkan dalam nada sedu, Khairunnissa Mustaghni, 20, anak perempuan anggota polis trafik yang koma akibat dilibas dengan topi keledar oleh Mat Rempit, di sini, Ahad lalu.

Ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, semalam, anak bongsu daripada dua beradik itu turut sebak ketika mengingatkan kembali ayahnya, Koperal Mustaghani Tabri, 48, yang terdetik sesuatu perkara seperti berlaku sekarang.

“Masa itu kami tengok cerita Korea ada adegan pelakonnya koma. Abah kata kalau dia koma macam itulah jadinya,” katanya yang tak dapat menahan sebak.

Isteri Mustaghni, Norizan Shahidin, 53, pula berkata, dia bagaikan mendapat sinar harapan apabila doktor memberitahu suaminya sudah boleh menerima cecair makanan menerusi tiub.

Sebelum ini, katanya, apabila cecair itu dimasukkan tindak balas negatif apabila keluar kembali kerana badan suami tak dapat menerima.

*sumber: MyMetro & BHOnline

3 comments:

  1. Takziah buat keluarga mangsa, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dari Allah SWT

    Mat-mat rempit ni ramai yg tak peduli nyawa orang lain. Mari doa semoga ahli keluarga kita tak terjebak dgn budaya rempit

    ReplyDelete
  2. Al- fatihah & takziah utk keluarga arwah...

    ReplyDelete
  3. kalau mat rempit kene libas dgn polis, akhirnya polis jgk yg kene tindakan...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"