Saturday, 30 June 2012

Selamat Pengantin Baru - FARID & FARHANIM


Terfikir Abe apakah sebenarnya ucapan yang paling baik untuk pengantin baru yang sememangnya dianjurkan Islam. Sesungguhnya kata-kata itu doa. Selamat Pengantin Baru buat Mohd Farid Ismail & Farhanim Abdullah yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini 30/6/2012. Abe doakan semoga kamu berdua diberkatiNya... Tak ada apa yang dapat Abe bagi, cuma Abe mampu hari ni dedikasikan Nukilan Abe ni KHAS buat kamu berdua...

Pernikahan
Menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setakwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Justeru isteri hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi sholehah

Pernikahan
Mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah,kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman,kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan,kamu gembalanya
Isteri adalah murid,kamu mursyidnya

Isteri bagaikan anak kecil,kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu,kamu reguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernikahan
Menginsyafkan kita perlunya iman dan takwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru akan membuatmu tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah Saw
Pun bukanlah sayidina Ali karamaullahhuwajah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh.

3 comments:

  1. salam, be frenz...tahniah kpd mempelai, moga bahagia berkekalan hendaknya...

    ReplyDelete
  2. Kita sama2 doakan jodoh mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat, insyaAllah

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"