Buku Aku Terima Nikahnya tulisan Ust Hasrizal @ www.saifulislam.com ni dah Abe khatam buat kali ketiga dalam tempoh setengah tahun lebih kurang (rasanya beli
awal tahun 2012). Alhamdulillah, pada Abe, ni buku yang sangat-sangat bermanfaat.
Penggunaan bahasa yang ringkas, jalan cerita yang begitu dekat dengan
kehidupan seharian kita namun pengisiannya sangat besar dan bermakna.
Seringkali Abe malas membaca buku-buku agama sebab pandangan Abe dulu, biasanya buku agama ni bahasa yang
digunakan terlalu 'berat' dan keagamaan. Memang betul buku agama bukan
bahan bacaan macam novel tapi untuk mengisi ruang masa sebagai pekerja
yang sibuk, isteri dan ibu yang tiada waktu rehat, pastinya buku dengan
bahasa yang berat dan memerlukan tumpuan penuh bukan menjadi pilihan.
Dah berapa banyak buku yang jadi hiasan di atas rak, jadi pekasam dalam
kotak. Buku masih baru walaupun dah bertahun usianya. Kalu korang nak tahu, buku Aku Terima Nikahnya ni Sahabat Abe, Dr Noraslinda yang 'rekemen'kan pada Abe untuk baca. Tq Dr.
Namun 'kredit to' Ust Hasrizal. Kualiti buku Aku Terima Nikahnya seindah kulit mukanya. Coretan yang ringkas namun menuntut pemikiran yang mendalam (bagi orang yang nak berfikir). Buku ini teman yang paling setia saat hati Abe dilanda badai. Saat rasa sepi sesepinya, Abe belek buku ini helai demi helai, membaca dalam hening tengah malam. Buku ini juga teman sepi tatkala air mata ini laju membasahi pipi. Juga buku ini menjadi penawar saat Abe rasa beban yang ada tak mampu lagi terpikul. Membacanya membuat Abe belajar melihat kehidupan melalui sisi lain. Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah.
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, &
untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk
entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan
Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....