gambar sengaja Abe 'blur'kan ye....
Salam...
Dah lama dah Abe dengar pasal isu ni... Korang pun tahu kan, isu ini jadi persoalan bg sesetengah pihak selepas tengok beberapa gambar kontroversi orang melayu peluk anjing di internet. Sebenarnyan najis anjing dan babi adalah najis berat (mughallazah ). Jika terkena ataupun terpegang dlm tngn basah maka kena basuh 6 kali dengan air mutlak bersertakan sekali air tanah..
Hukum membela anjing untuk tujuan suka-suka tidak dibenarkan didalam islam mengkut mazhab syafie.. Malaikat tak masuk rumah. Tapi ulama menggariskan jika untuk tujuan manfaat maka diharuskan. Seperti rumah2 menteri, atau orang kaya.. Hukumnya harus membela anjing bagi menjaga keselamatan hartanya atau kedainya.. Tapi bukanlah pula untuk belaan seperti bela kucing dlm rumah..
Dan hukum membela anjing untuk menjaga kebun juga adalah harus. Sama juga hukum menggunakan khidmat anjing untuk membanteras jenayah. Hukumnya harus (maksud harus adalah tiada salah disisi islam). Berdasarkan hujjah2 ini jugalah anjing tidak menjadi masalah besar dlm Islam.
Kalau kita tengok beza antara anjing dngn manusia yg tak beriman. Lebih mulia anjing lagi.. Sebabnya anjing tak masuk neraka pun. Jadi anjing tak hina. Sedangkan manusia yg engkar pd Allah lebih hinadari anjing. Ini jg dijelaskan ulama.
Islam mengharamkan umatnya membunuh anjing normal. Tapi anjing gila dibenarkan sebab mengancam nyawa. Mesti korang pernah dengar kisah bagaimana seorang pelacur masuk syurga disebabkan beri minum kpd anjing. Cerita ini menjelaskan anjing itu patut disayangi. Disayangi bermaksud tidak diseksa, jika dia kelaparan diberi pula makan. Besar pahala beri makan kpd anjing yang kelaparan. Jadi pada Abe, kenapa kita mesti benci anjing, anjing bukannya ahli neraka seperti golongan manusia dan jin yg tak beriman dan syaitan yg sombong.
Kesimpulannya anjing tak salah pun nak pegang walaupun tangan basah. Cuma kena sucikan balik lah supaya sah solatnya. Tapi kembali pula pada tujuan asal Abe tulis ' entri' ni, atas tujuan apakah pula untuk memegang anjing. Jika releven maka haruslah memegangnya. Sebab itu pelajar varterina diharuskan memegang anjing dan babi walaupn tangan basah. Sebab mereka belajar benda tu. Tapi dengan syarat mereka kena sucikan balik lah dngn 6 kali air mutlak dan sekali air tanah. Itu saja.
Sebab dah terkena najis. Cuma persoalannya lani adalah apakah motifnya memeluk anjing dan babi? Apakah motifnya bermain dngn anjing dan babi? Adakah begini caranya menzahirkan kasih sayang antara manusia dngn anjing dan babi? Kenapa tak bawa tidur skali anjing dan babi di dalam bilik? Jadi cara kita zahirkn kasih sayang kpd anjing adalah memadailah sekadar kita bantu anjing yang kelaparan, tidak menyeksanya dan merawatnya jika haiwan ini dalam kesakitan jika kita mampu rawatnya.
Ingat, HARAM hukumnya membela anjing di dalam rumah untuk suka-suka. Tapi kalau untuk manfaat seperti jaga kebun ke diharuskan syarak. Ataupun anda terlalu kaya, bela anjing untuk keselamatan diri dan harta. Hukumnya harus.Tapi tempatnya mestilah dikhaskan dan tidak pula berada di dalam rumah bersama-sama anda. Dan bukan pula dijadikan seperti kucing peliharaan, hidup bersama didalam rumah dan bermanja-manja dengannya.
Published with Blogger-droid v2.0.6
well said!!
ReplyDeletekeluarga sy bela anjing utk mengelakkan kecurian spt motosikal dan haiwan ternakan.
ReplyDeletedgn adanya anjing, tiada lg kecurian..
lgpun anjing sgt setia pd tuannya..=)
ohow. begitu. nice sharing :)
ReplyDeleteOrg melayu bkn tkut anjing, kalo anjing dtg dekat kita halau takut dia jilat or terkena kitala, sbb anjing dlm islam tergolong dlm najis berat.saya tgk org cina bela anjing yg dok dera anjing pun.
ReplyDelete