EKSKLUSIF: Kontroversi Kukuhkan Kasih Sayang Watie (Elite) & Joey
7/09/2012 04:30:00 pm"Kehidupan saya bertambah gembira walaupun agak penat dengan komitmen kerja dan tanggungjawab sebagai isteri. "Namun saya bersyukur kerana pelbagai kontroversi dan cemuhan orang menguatkan lagi kasih sayang antara kami hari demi hari," katanya
Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya di perkarangan Mydin Mall USJ di sini pada malam Sabtu lalu, bersempena acara kemuncak Festival Kerja Kahwin ke-7. Watie dan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 38, bernikah secara rahsia pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini dengan berwalikan adiknya Mohd Nor Azni Sadali. Mengenai majlis resepsi tersebut, Watie berkata dia tidak menjangkakan majlis resepsi kedua mereka meriah dengan kehadiran ramai tetamu.
"Saya pun tidak jangkakan ramai tetamu hadir. Kalau diikutkan lebih ramai lagi yang mahu datang tetapi mungkin kerana mereka ada urusan lain pada malam ini (malam Sabtu). "Apa pun saya gembira dan berpuas hati dengan kelancaran majlis ini. Saya dan suami berterima kasih kepada penganjurnya Festival Kerja Kahwin yang menyiapkan persiapan terbaik untuk kami," katanya. Majlis resepsi pasangan itu dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 360 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis dan para peminat.
Antara rakan artis yang hadir pada majlis itu adalah pelakon Nadia Mustafar, Maimunah Ahmad atau Mak Jah, penyanyi Nash dan Linda Rafar sekeluarga. Majlis resepsi pertama mereka diadakan pada 1 Mei lalu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir. Dalam perkahwinan sebelum ini Watie dikurniakan dua orang anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia manakala Joey mempunyai seorang anak.
1 comments
baguslah kalau begitu..ayu follow sini ;-)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"