EKSKLUSIF: Lagi Gambar-Gambar MENARIK Pernikahan Ella - Azhar
7/14/2012 02:47:00 pm
Salam
Aritu Abe adalah sikit letak Gambar Pernikahan Ella-Azhar dalam entri Abe yang lepas... Kali ni, Abe tambah lagi.... Lagi banyak gambar sekitar Perkahwinan mereka berdua... Sebelum tu baca apa yang menarik tentang pernikahan mereka:-
Aritu Abe adalah sikit letak Gambar Pernikahan Ella-Azhar dalam entri Abe yang lepas... Kali ni, Abe tambah lagi.... Lagi banyak gambar sekitar Perkahwinan mereka berdua... Sebelum tu baca apa yang menarik tentang pernikahan mereka:-
1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam
terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan
bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik.
GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba
menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk
penggunaan kediaman.
2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.
3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.
4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.
5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.
6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.
7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.
8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai) sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi berbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.
9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.
10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin. (Gua.com.my)
sebelum tu, korang tolong KLIK SINI bantu UNDI Header Abe okey, pastu LIKE ye... pastu back balik ke Blog ni ye.... TQ
4 comments
lawa sungguh ella..
ReplyDeletex makan usia ella nie..kakgi giliran que Achmad plop..dapat sponsor wt kt klcc..hehe
ReplyDeleteella cantik ! ^^
ReplyDeletemoga derang bahagia smpai ke hujung nyawa..
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"