Lumrah
apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan
kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga
mereka sendiri. Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video
itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas
tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton. Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada
yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami
dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka
masing-masing masih lagi bersekolah.
baca lagi & video, KLIK SINI
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
baca lagi & video, KLIK SINI
Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
Mereka
menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia
16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari
segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka
mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda? Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
Apa-apa
pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga
mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak
keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga. Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang
siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah
syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah
dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di
atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di
goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita
melakukan maksiat. Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita
ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri
sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi,
fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.
Mengapa berkahwin muda?
Manusia
akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan
wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan
perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya
dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa
penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita,
kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.
Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan
peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang
mematuhinya. Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada
kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa
dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. “Maha
suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang
tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka
tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, &
untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk
entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan
Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
ada pro dan kontra nya kahwin muda ni... yang pro nya bleh mengelakkan maksiat... yang kontra nya sejauh mana persediaan pasangan muda tu untuk melayari alam rumah tangga...
ReplyDeleteapabila berumahtangga setiap pasangan perlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal.apa yang penting ilmu agama, kesabaran yang tinggi.mungkin mereka kahwin muda turut mendapat sokongan dan panduan dari parents mereka sehingga mereka betul2 matang menangani dan mecorakkan hidup mereka sendiri.
ReplyDeletehehe.. comel je budak dua org nih.. :D semoga hbgn dorg kekal slamanya..
ReplyDeletetahniah,smoga berkekalan dan sabar menempuhi alam rumah tangga dengan bimbingan orang tua insyallah walaupun kahwin muda korang akan bkekalan yang penting sabar,jaga solat, dan tuntut ilmu pengetahuan untuk masa hadapan bersama smoga dmurahkan rezeki dan bahagia selamenye..
ReplyDeletesemoga rumahtangga mereka berkekalan dan menjadi contoh yang baik kepada mereka yang nak berkahwin pd usia muda..
ReplyDeletenak cemuh2 pun takda gunanya juga, mereka dah selamat nikah dah..
apapun, diharapkan agar mereka sentiasa mengutamakan pelajaran mereka, lbh2 lagi pada zaman ilmu-ilmuan ni.=)
ehh mudanya, baru tau cite nie bila que update dkt entry. cuma nak ckp moga diorg sama2 pelajari ilmu rumahtangga..
ReplyDeletedah fren dah...do hit me back..hehehehe
ReplyDeleteSalam..tak salah kalau nak kawen muda boleh ngelak maksiat malah inilah jln terbaik drp dok berdating kehulu hilir..pasal pikul tanggungjwb..mungkin parents diorang blh support.. kalau pasal anak tu mungkin mereka blh guna family planning kan...
ReplyDeleteleeza pun dah tgk video ni. tertanya.. tapi kalau berkahwin itu lebih baik.. itulah sebaiknya.
ReplyDeleteperkahwinan mereka sungguh meriah dan sooo sweeettt.... :)
ReplyDeleteHey there! Do you uѕe Twіtter? Ι'd like to follow you if that would be ok. I'm absοlutely
ReplyDeleteеnjоying yоur blog and lοοk forward to
new upԁates.
Feel free to surf my website : online loans
saya kahwin umur 29 tahun
ReplyDelete