Monday, 30 July 2012

Kenapa Penghijrahan Abby Abadi mula dipersoal?

Sejak Akhir2 ini Twitter Abby Abadi makin panas dgn pelbagai komen positif dan negatif mengenai pendirian beliau.. ada yg suka ada yang tidak.. Kepada peminat tegar atau sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan status Abby Abadi di Twitter, pastinya sedia maklum bahawa selebriti ini kini sedang sibuk berdakwah dengan cara tersendiri. Meskipun baru-baru ini Dato' Ac Mizal mencabar aktres dan bekas penyanyi kumpulan wanita popular, Elite ini berdebat mengenai isu ISA & PDRM, Abby nampaknya tetap dengan pendirian, hijrah dan dunia baru agama dan politik beliau kini. Pada hari Selasa minggu lepas Abby menerusi laman Twitter miliknya menulis bertanya pandangan tentang senario kini di mana ramai wanita tidak menutup aurat dan ia seakan menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat.
Abby dalam tulisannya (yang telah distruktur semula) berkata, "Kenapa ya ramai wanita yang rasa tidak menutup aurat pun tidak mengapa? Free-hair itu tidak berdosa? Ada yang boleh beritahu sebabnya kenapa? Kita kongsi, mahu tahu boleh? "Pandangan dan pertanyaan Abby itu rata-rata telah mengundang rasa kurang senang sesetengah pihak tidak kurang juga yang menyokong Abby sehingga terciptanya hastag #teamabbyabadi
Antara komen pengguna Twitter berbunyi;
Harits Asyraf Karev @HaritsKarev 
aku menyampah buat story abby abadi.. orang lain berhijrah jugak.. taklah mcm kau!!! sendiri persoal orang, sendiri jawab balik!!
baca lagi KLIK SINI
Famous hina bro RT@ bashrafi
Femesnya Abby Abadi. Good for you la dah bertudung. 
Aida Amyra Khapez @aidaamyra 
Kenapa ngan dia ? RT@: Sy akui sy peminat abby abadi. Tetapi selpepas stalk twitter die hati rase lain.
feeqa?areen @feeqanadia 
Mkin lame tgk abby abadi ni mkin annoyg.. Dduk diam jage anak2 sudah.. Sume org sbuk nk bpolitik skrg..
Rata-rata mereka yang kurang senang dengan pertanyaan Abby ini menyifatkan Abby masih belum layak mempersoal aurat orang lain kerana sejarah silamnya juga dahulu tidak menutup aurat. Kritikan dan pandangan pengguna Twitter tidak dibiarkan sunyi. Abby kemudiannya membalas komen tersebut dengan berkata, "Kenyataan saya pagi tadi tentang isu tidak bertudung bukan untuk menghakimi tetapi ingin berkongsi sebab ingin tahu apa alasan mereka. Macam saya dulu, saya ingat ia bukan masalah besar sebab ramai yang macam tu (tidak bertudung). "Sebagai wanita yang beragama Islam, selepas akil baligh memang tidak ada pilihan (itu yang saya kongsikan pagi tadi). Kenapa pandang negatif? Ingatlah kita di akhir zaman," balas Abby di laman Twitter miliknya yang sedari pagi hingga malam tidak surut dengan pandangan dan kritikan pengguna lain.
Sementara itu, portal hiburan Murai, turut memetik padangan orang ramai mengenai penghijrahan Abby yang dikatakan lebih berbaur politik daripada mendalami ilmu agama itu sendiri. Murai dalam laporannya berkata, "apakah penghijrahan awal tersebut, Abby Abadi sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?"
fuhh mmg panass..tapi semua ada pandangan masing2 kan..tertanya-tanya Dato A.C Mizal jadi ke berdebat ngan Abby tuh dengar kata Abby menerima cabaran Dato A.C Mizal utk berdebat tuh.. tapi Abe taktau la jadi ke tidak nak berdebatnyer.. ingat lagi dulu2 masa D.A.C Mizal dan Abby sama2 berlakon dlm Gerak Khas dulu.. cite polis gak bila dh gaduh pun bergaduh pasal isu polis juga...emmmm 

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

7 comments:

  1. yang penting dalam mebuat sesuatu perkara perlu ada prinsip berani kerana benar takut kerana salah...tu je kita boleh komen.....

    renung-renungkan dan selamat beramal...peace..=.=v

    ReplyDelete
  2. Kalau niat nk menunjuk2 penerimaan org lain pn jd negatif. Brckp apa yg kita tahu & faham.. Bila brckp dgn cara copy paste memg kdg2 kita lupa apa yg x kena dgn diri kita.. Umpama gadis bertudung tp kening tetap la brpatih (cukur cabut & bentuk) tp bila ckp psl aurat mcm dia dh ckp sempurna tutup aurat.bila org pndg dia yg msh brtatih dlm penghijrahan dia tu tp brckp mcm dh perfect memg la ada mulut2 akn muncung. Jd brpada2.. Jgn over & jgn mempolitikkan agama & jgn jdkan agama tu politik.

    ReplyDelete
  3. Kita hormati beliau dan pendapatnya.Insyaallah bantulah antara kita menuju ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  4. niatnya baik - mengajak kaum hawa menutup aurat..
    tapi cara dia tu, mungkin membuatkan org terasa hati/ sakit hati..
    lagipun dia pernah melalui zaman itu..
    mmg cabaran dan dugaan bagi dia..
    pd pendapat saya,
    saya tak seberapa setuju dia terlibat dalam politik..
    lagi banyak cabaran dan dugaannya...

    ReplyDelete
  5. penghijrahan abby ni nmpak mcm ada yg x kena... nak berdakwah takda masalah... boleh share masa ko jahil dulu dgn org lain... share mcm mane ko boleh berubah... tp kenapa jadikan politik yg kotor tu sbg platform utk berdakwah...

    ReplyDelete
  6. pada awalnya ummi seronok sangat bila abby ni dah berubah tapi makin hari makin pelik pulak perubahannya tu.sekarang ni kalau boleh taknak baca apa2 pun tentang abby lagi.jemu pulak rasanya....ingatlah...hati kita ni milik Allah.bila2 je Dia boleh pusing semula...

    ReplyDelete
  7. awal-awal dulu ok lah..tapi makin lama ni makin teruk..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"