KISAH BENAR: 7 Perkara Ganjil Yang Dialami Si Penggali Kubur
7/31/2012 12:35:00 am
Salam
Lama benar dah Abe tak berkongsi dengan korang semua tentang kisah benar... Pepagi segini, Abe kembali berkongsi... Kisah Benar ni takde sikitpun berkaitan berkaitan dengan Hantu @ Jin.. So, korang jangan takut ye untuk baca... Ia cuma berkaitan Iktibar yang kita boleh dapat... Harap kita semua dapat sesuatu Pengajaran dari Kisah Benar ni.. InsyaAllah... Kisahnya macam ni, terdapat
seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain
kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan
untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.
Dia
berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku
telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu
dan ingin sekali bertaubat.
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada
siang harinya mengadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula
kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan
kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai
anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t.
sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung
pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat
elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari
ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab
ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Jawab
ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta
yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan
keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang
hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab
ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t.
sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
Ku
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung
pemuda itu.
"Anak
muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai
guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku
lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat
busuk baunya,"
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
Wahai
guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai
tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab
ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia
yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat
mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi
Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah,
sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepada-Nya jualah kita
akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang
kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
7 comments
mekasih abe atas perkongsian ni.. cikmisi akan sentiasa follow up abe punye entry 'kisahbenar' =)
ReplyDeletemati nanti kite ne tergolong dalam golongan yg mna x tahu..iktibar untuk sume..
ReplyDeleteCara Nak Elakkan Entri Anda Di Copy Paste Tanpa Izin
thanks for sharing...
ReplyDeletedeknie nk ajak join segment...jomm...
http://www.dekniemyeyes.blogspot.com/2012/07/segmen-tambah-follower-blog-sampai-1000.html
terbaik,,,,
ReplyDeleteAbe , ty insaf !!
ReplyDeleteTapi kan , kalau orang kat Ofis ni yang macam tak nak bertegur dengan Ty camne? Ty cakap pun tengking je nada jeling2 semua.
seram baca entry cmni...nice sharing abe...
ReplyDeleteTerima kaseh Abe, cerita pengalaman yang dapat dijadikan iktibar dalam menjalani hidup dimasa hadapan. Thank you for sharing...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"