Salam... Al Fatihah...
Sekali lagi di tengahari ni Abe kembali menulis sambungan susulan 'entri' Abe awal pagi tadi (KLIK SINI)... Cuma kali ni, Abe menyiarkan petikan akhbar kemalangan yang telah meragut nyawa Arwah... Sumber petikan akhbar ni Abe ambil dari Berita Harian Online... Dengan penyiaran 'entri' ni, bukan niat Abe untuk mengaibkan sesiapa... Jauh sekali nak memalukan sesiapa... Cuma setelah Abe diberitahu pasal Arwah, Abe terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua...
Sekali lagi di tengahari ni Abe kembali menulis sambungan susulan 'entri' Abe awal pagi tadi (KLIK SINI)... Cuma kali ni, Abe menyiarkan petikan akhbar kemalangan yang telah meragut nyawa Arwah... Sumber petikan akhbar ni Abe ambil dari Berita Harian Online... Dengan penyiaran 'entri' ni, bukan niat Abe untuk mengaibkan sesiapa... Jauh sekali nak memalukan sesiapa... Cuma setelah Abe diberitahu pasal Arwah, Abe terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua...
3 Maut dalam Kemalangan. Hujan lebat, jalan licin punca kemalangan
BATU PAHAT: Tiga lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dengan keempat-empat tayarnya ke atas, dalam kejadian di Kilometer 124.6 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Pagoh, dekat sini semalam. Mangsa, Sulaiman Besah, 46, beralamat di Bukit Antarabangsa, Ampang; Mohd Ranoorsyam Ab Razak, 27, berasal dari Tumpat, Kelantan dan seorang lagi dikenali sebagai Md Fu'at Ahmad, 53, dari Petaling Jaya, Selangor. Sulaiman yang baru kembali mengerjakan ibadat haji pada 1 Disember lalu, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maju Nusa Sdn Bhd iaitu syarikat berkaitan perunding teknologi maklumat dan komunikasi yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian yang berlaku ketika hujan lebat menyebabkan jalan licin sehingga mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit di lebuh raya itu. Sebuah jentera Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Yong Peng dihantar ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat duduk masing-masing dan terpaksa mengambil masa untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata kejadian berlaku ketika menuruni bukit, kereta berkenaan dipercayai gagal dikawal menyebabkannya terbabas ke kiri jalan.
“Bagaimanapun kereta hitam berkenaan kemudian melanggar besi penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam antara 10 meter hingga 15 meter menyebabkan kereta itu remuk teruk dan ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, “ katanya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh anggota keluarga mereka.
*Al Fatihah untuk mangsa... Semoga ditempatkan bersama orang-orang mukmin yang soleh...
al-fatihah..
ReplyDeletesemoga mereka di tempatkan di kalangan orang yg beriman..
bila kejadian ini berlaku?
Kejadian ni berlaku bln 12 tahun 2010
ReplyDeleteAl-fatihah...
ReplyDeleteAl fatihah... Sedekahkanlah banyk banyak al fatihah untuk arwah
ReplyDeletetakziah buat keluarga arwah... wow... batu pahat... tempat saya itu... takde pulak terdengar mengenainya
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDeleteKawasan berdekatan pagoh byak berlaku kemalangan maut, berhati2 bila melalui ka
ReplyDeleteKawasan berdekatan pagoh byak berlaku kemalangan maut, berhati2 bila melalui kaw tersebut.
ReplyDelete