Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: Rasulullah S.A.W Di Masjid Nabawi

7/02/2012 12:00:00 pm

Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid.. Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu.. Tetapi..Baginda selalu perhatikan lelaki itu.. Suatu hari.. Baginda datang ke masjid Nabawi.. Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu.. Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu.. Mereka memberitahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu.. Muka Rasulullah berubah.. Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya.. Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..

Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam.. Dan baginda meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu.. Kemudian Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian.. Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan. Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku. Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."


Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat.. Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..

"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabatnya

You Might Also Like

1 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad