MISTERI: Penjelasan Berhubung Rumah Didakwa Berhantu Di Seksyen 2 Shah Alam
7/20/2012 02:13:00 pm
Korang ingat lagi tak entri yang pernah Abe buat dulu pasal Rumah Berhantu Di Seksyen 2, Shah Alam (KLIK SINI)... Kali ni, Abe kongsikan susulan daripada citer Abe yang lepas... Abe amik daripada sumber (mazidulakmal.com)... Kiranya ni penyiasatan yang mereka telah buat.. Mereka gelarkan dorang dengan nama Kru 666... Jom sama2 kita baca...
Kisah
rumah didakwa berhantu di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor tersebar
melalui internet, media cetak dan cerita dari mulut ke mulut. Jam 12.30 malam tadi saya dan 2 kru 666, Razali serta Farid menuju ke Seksyen 2, Shah Alam. “Mana satu rumah dikatakan berhantu?,” tanya Razali kepada pengawal sekolah berhampiran. "Jalan depan, sampai simpang belok kiri, rumah sebelah kanan, hujung sekali,” balas pengawal sama. Sebaik
tiba berhampiran rumah terbabit, kami keluar dari kenderaan. Razali dan
Farid pantas memasang kamera pengesan pergerakan Infrared di tepi jalan
menghadap ke arah rumah dimaksudkan.
lagi gambar SERAM & baca lagi, KLIK SINI...
Kamera
terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video
berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan
lensa. Kami kemudian bergerak kira 100 meter dari rumah itu dan mengeluarkan peralatan lain.
Perakam
audio parabola membenarkan kami mendengar bunyi di sekeliling secara
lebih jelas manakala jangkasuhu infrared digunakan untuk menyukat suhu
sekitar. Jam 1.15 pagi kami terlihat sekumpulan remaja berjalan ke arah lokasi kami berdiri. “Assalamualaikum! Boleh tumpang tanya sikit?,” soal Farid.
Biar pun kelihatan teragak-agak, mereka memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan oleh Farid sambil diperhatikan Razali. “Mana satu rumah dikatakan berhantu di sini?,” tanya Farid. “Itu,” ujar gadis bertudung putih. Mereka, pelajar kolej berusia di antara 18 dan 19 tahun.
Seperti
dijangka sejak awal, dia menunjukkan kami rumah dua tingkat berpagar
tersergam tanpa diterangi cahaya lampu. Rumah sama seperti saya lihat
dipaparkan dalam beberapa blog sebelum ini.
“Macam mana awak tahu rumah ini berhantu?,” soal saya. “Ada kakak kakak serumah, pernah kena kacau,” ujarnya. “Kena kacau macam mana?,” soal saya spontan. “Beg
lugage dia orang kena alih. Bila dibaca ayat Al-Quran, lugagae itu
macam kena hempas, kira macam ‘benda’ itu marah,” jelasnya. “Dia orang nampak ke ‘benda’ menghempaskan beg itu?,” tanya saya. “Tidak,” balasnya ringkas.
Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.
Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.
“Rumah dua tingkat ini pula, apa ceritanya?,” soal saya lagi. “Pernah ada orang nampak macam orang tua perempuan di dalam rumah,” ujarnya.
"Ada gambar pegun, video atau audio dirakamkan sebagai bukti?,” soal saya. “Tidak ada,” balasnya. Sedang kami berbual, Farid menghampiri rumah terbabit dan cuba menyukat suhu sekeliling. “Tujuh puluh satu darjah Fahrenheit,” katanya. Suhu normal.
Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.
Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.
Sewaktu Farid merakamkan gambar pegun, saya menggunakan perakam audio parabola. Sebaik alat itu dihalakan ke arah rumah, saya terdengar bunyi cicak, bunyi seperti pintu dibuka dan perabot dialihkan. Spontan saya memegang beg kecil di dalam poket mengandungi minyak wangi Kasturi Syifa’. “Saya
pun tadi mendengar bunyi sama bro. Lagi pun kawasan ini bising, mungkin
bunyi dari rumah di belakang atau rumah sebelah,” jelas Razali
kelihatan tenang.
Kira-kira
jam 1.50 pagi, seorang daripada rakan serumah 3 gadis terbabit datang
menghampiri kami. Dia berusia 24 tahun, berasal dari Selangor dan
kedengaran petah berkata-kata.
“Sebelum ini orang selalu kacau,” katanya. “Dikacau bagaimana?,” soal saya. “Pernah
satu malam, kira-kira 15 orang tua tua datang berdiri di jalan ini. Dia
orang ambil gambar dan cuba memanjat pagar. ‘Benda’ itu, bukan ke kalau
dikacau, dia akan kacau kita balik?,” dia bertanya. “Benda apa?,” saya pura-pura tidak faham kenyataannya. “Hantu itulah,” jawabnya spontan. Sekadar ingin mencari kebenaran, soalan berikutnya saya ajukan. “Macam mana awak tahu rumah ini benar benar berhantu?” “Orang cakap rumah ini berhantu,” balasnya yakin.
“Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?,” tanya saya. Dia terdiam seketika. “Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini,” katanya.
“Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?,” tanya saya. Dia terdiam seketika. “Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini,” katanya.
Andai
kata dakwaan itu benar, saya yakin puluhan pegawai dan anggota polis
dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terletak kurang 2 kilometer
telah lama ‘berkampung’ untuk menjalankan siasatan terperinci di rumah
sama. Pasukan forensik juga pasti tidak kering keringat merungkai dan menganalisa bahan kes. Saya kira, dakwaan dihebahkan secara semberono dari mulut ke mulut itu memburukkan imej rumah dan pemilik. “Pernah
ternampak orang tua datang mengambil surat, bila ditanya, boleh ke kami
sewa rumah ini? Dia marah,” jelas pelajar itu lagi.
Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.
Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.
“Rumah bawah awak duduk sekarang, berapa sewa sebulan?,” soalan saya ajukan. “Sembilan ratus ringgit,” jawabnya. Jika
tidak didikatakan berhantu, kru 666 menganggarkan sewa bulanan rumah
dua tingkat terbabit mampu mencecah RM1,300. Kini, maklumat tercatat di
internet mendakwa tiada penyewa sanggup menetap di rumah itu biar pun
dengan bayaran RM50 sebulan. Kru 666 tidak berpeluang melakukan
tinjauan terperinci kerana premis itu berpagar dan kami tidak berhajat
melanggar undang-undang kerana menceroboh. Setelah diteliti, kamera perakam pergerakan di tempatkan berhampiran pagar rumah tidak merekodkan visual entiti paranormal. Namun, kamera digital merakamkan bebeapa gambar pegun entiti dipercayai orbs atau sekadar habuk berterbangan.
Sejak
sebulan lalu, kru 666 berhasrat menghubungi pemilik rumah tetapi gagal.
Kami ingin memohon kebenaran beliau untuk bermalam di rumah itu dan
menjalankan tinjauan sekaligus cuba menyingkap fakta di sebalik rumah
dikatakan berhantu itu. Seperkara lagi, 666 terfikir, mungkinkah
kisah seram menyelubungi rumah itu hanya sekadar rekaan sahaja? Atau
barangkali gambar rumah sama dirakamkan secara rawak dan pemilik
terpaksa menerima bahana?
* Okeylah, untuk
korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri
ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen
ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
25 comments
tima kasih wujudkan entri ni..
ReplyDeletememang tertanya-tanya pasal cerita ni..
tapi, takda jawapan yang sahih lagi sama ada rumah tu memang berhantu atau tak.
wallahualam.
Abe sekadar berkongsi.... neway, sama2 :)
ReplyDeleteque, rumah sewa sy sekarang memang xjauh dari situ...sangat dekat,bley jalan kaki je....sepanjang sy duduk shah alam ni memang macam2 versi dah dengar, bukan rumah tu je...sekitar shah alam..ape yg saya fikir, sebenarnye rumah2 ni xla berhantu pun...tapi orang nampak rumah2 ni berhantu sebab rumah2 ni rumah lama,kosong plak tu...bile uitm shah alam dibukak, barulah shah alam ni hidup...kalau x, dulu orang kate tempat jin bertendang..rumah2 pun old style punye..no wonderla orang kata rumah kat shah alam ni berhantu...berkaitan kene kacau tu, mungkin secara kebetulan je...duduk mane2 pun kalau dh nak kene kacau,tetap kene kacau jugak..
ReplyDelete*slalu gak lalu rumah tu lepas 12tgh malam sebab gi lepak mamak..tapi xnampak plak benda2 pelik
kau tak duduk dalam rumah tu bolehla cakap...
Deletemasih blm ada jawapan yg sahih...wpun byk cite yg dengar..
ReplyDeletetakut lah KA benda2 mcm ni sebab dh ade pengalaman !
ReplyDeletemasih sangsi la..kalau dpt betul-betul kepastian...laGI OK..
ReplyDeleteAbe & teh geng ke ??...,
ReplyDeleteKagum!
^____- ..
nanti Chenta datang lagi .. update yer!
Kru Penyingkap Fakta 666.
ReplyDeletetq follow blog sy yg xseberapa tu..terharuu sgt..betul ke rumah tu berhantu? macam elok jek..ahah..cantik ag tu..
ReplyDeletehmmm macam2 erk... :-)
ReplyDeletesalam.....
ReplyDeleteSelamat Menyambut Ramadhan...
saya pun dok shah alam....
kalau sy ternampak hantu pun,
ReplyDeletesy takkan sanggup rakam atau snap gmbr... T__T
selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak..=)
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak
ReplyDeleteSebenarnya, itu bukan rumah yang dimaksudkan. Rumah yang di maksudkan berhampiran The Wet World dan Sirim di seksyen 2 shah alam. Banglo...http://m.youtube.com/watch?v=2c4T6wIocg0. Saya sangat setuju mana2 penyiasat menyelesaikan kes ini sebab dah lama sangat. Atau mana2 pakar yang boleh halau syaitan dan jin kafir tu keluar supaya tak menyesat dan menakutkan manusia.
ReplyDeleteAs salam bro link yg bro bgi tu mcm xdpat pon kt utube
Deletemazidul botak ni sembang je lebih.ada ke nak cari hantu bawa kroni bebelas org.klu dah terer sgt pi la sorg dua.paling bangang is ada manusia yg kononnya penyiasat paranormal tapi pi buat kajian bebelas org kat tempat berhantu
ReplyDeleteAku rasa betullah berhantu rumah ni.terutama masa dulu dulu 10 tahun lepas.nampak pun seram.yang aku percaya tu,ada pokok di tepinnya.Ada pelajar uitm memberitahu dulu 2 orang kawannya mati telah menguatkan cerita tentang rumah ini.sejarah dulu,kita tak tahu ada orang mati ditanam di sana,minyak dagu ke dsb.takkan polis nak gi cari tanpa lapuran.itukan rumah orang.
ReplyDeleteKenapa diorg namakan grup 666? Tu no utk setan/iblis.
ReplyDeleteRumah ni da jadi taska skrg, tp bahagian bawah je kot. and ada buat pintu belah tepi, x guna pagar depan
ReplyDeleteHmm.. saya menyewa rmh ni dr dec 2015 hingga kini. Saya pemilik tadika+taska d rmh ni bmula dec 2014.
ReplyDeleteSaya mencari owner rumah berhantu mana2 saja pun boleh..mohon hubungi saya di
Deleteputera.edir@gmail.com
@Norlida Abdul Ghani
ReplyDeleteSaya ada nampak dalam google road view dua orang perempuan punggah barang dari kereta kat depan rumah ni. Akak ke tu?
Masa saya mula baca cerita tentang rumah sewa rm50 tu, saya dah agak itu cerita rekaan. Apa tujuannya tak tahulah, mungkin saja nak circle jerk. Mana asal cerita tu pun orang tak tahu. Tiba-tiba saja banyak blog paparkan cerita tu.
Sebab kalau itu cerita betul, mesti Metro dah tulis cerita tu. Tapi tak pernah mana-mana suratkhabar atau majalah pun cover. Maksudnya kemungkinan besar cerita kelentong. Mungkin rumah tu betul berhantu dulu, tapi cerita yang ada orang sepak busut kena langgar kereta tu dramatik sangat.
Dramatik?? Setuju sangat kot.
ReplyDeleteAkk msih tggal d rmh ni. Msh terima tetamu yg dtg btanya nk mengesahkan ttg kisah hantu rmh ni.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"