Friday, 20 July 2012

MISTERI: Penjelasan Berhubung Rumah Didakwa Berhantu Di Seksyen 2 Shah Alam

Salam

Korang ingat lagi tak entri yang pernah Abe buat dulu pasal Rumah Berhantu Di Seksyen 2, Shah Alam (KLIK SINI)... Kali ni, Abe kongsikan susulan daripada citer Abe yang lepas... Abe amik daripada sumber (mazidulakmal.com)... Kiranya ni penyiasatan yang mereka telah buat.. Mereka gelarkan dorang dengan nama Kru 666... Jom sama2 kita baca...

Kisah rumah didakwa berhantu di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor tersebar melalui internet, media cetak dan cerita dari mulut ke mulut. Jam 12.30 malam tadi saya dan 2 kru 666, Razali serta Farid menuju ke Seksyen 2, Shah Alam. “Mana satu rumah dikatakan berhantu?,” tanya Razali kepada pengawal sekolah berhampiran. "Jalan depan, sampai simpang belok kiri, rumah sebelah kanan, hujung sekali,” balas pengawal sama. Sebaik tiba berhampiran rumah terbabit, kami keluar dari kenderaan. Razali dan Farid pantas memasang kamera pengesan pergerakan Infrared di tepi jalan menghadap ke arah rumah dimaksudkan.
lagi gambar SERAM & baca lagi, KLIK SINI...

Kamera terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan lensa. Kami kemudian bergerak kira 100 meter dari rumah itu dan mengeluarkan peralatan lain.




Perakam audio parabola membenarkan kami mendengar bunyi di sekeliling secara lebih jelas manakala jangkasuhu infrared digunakan untuk menyukat suhu sekitar. Jam 1.15 pagi kami terlihat sekumpulan remaja berjalan ke arah lokasi kami berdiri. “Assalamualaikum! Boleh tumpang tanya sikit?,” soal Farid.



Biar pun kelihatan teragak-agak, mereka memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan oleh Farid sambil diperhatikan Razali. “Mana satu rumah dikatakan berhantu di sini?,” tanya Farid. “Itu,” ujar gadis bertudung putih. Mereka, pelajar kolej berusia di antara 18 dan 19 tahun.


Seperti dijangka sejak awal, dia menunjukkan kami rumah dua tingkat berpagar tersergam tanpa diterangi cahaya lampu. Rumah sama seperti saya lihat dipaparkan dalam beberapa blog sebelum ini.


Perhatikan peti surat di pagar, tiada tertera nama pemilik mahu pun alamat rumah.

“Macam mana awak tahu rumah ini berhantu?,” soal saya. “Ada kakak kakak serumah, pernah kena kacau,” ujarnya. “Kena kacau macam mana?,” soal saya spontan. “Beg lugage dia orang kena alih. Bila dibaca ayat Al-Quran, lugagae itu macam kena hempas, kira macam ‘benda’ itu marah,” jelasnya. “Dia orang nampak ke ‘benda’ menghempaskan beg itu?,” tanya saya.  “Tidak,” balasnya ringkas.

Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.


“Rumah dua tingkat ini pula, apa ceritanya?,” soal saya lagi. “Pernah ada orang nampak macam orang tua perempuan di dalam rumah,” ujarnya.


"Ada gambar pegun, video atau audio dirakamkan sebagai bukti?,” soal saya. “Tidak ada,” balasnya. Sedang kami berbual, Farid menghampiri rumah terbabit dan cuba menyukat suhu sekeliling. “Tujuh puluh satu darjah Fahrenheit,” katanya. Suhu normal.

Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.



Sewaktu Farid merakamkan gambar pegun, saya menggunakan perakam audio parabola. Sebaik alat itu dihalakan ke arah rumah, saya terdengar bunyi cicak, bunyi seperti pintu dibuka dan perabot dialihkan. Spontan saya memegang beg kecil di dalam poket mengandungi minyak wangi Kasturi Syifa’. “Saya pun tadi mendengar bunyi sama bro. Lagi pun kawasan ini bising, mungkin bunyi dari rumah di belakang atau rumah sebelah,” jelas Razali kelihatan tenang.




Kira-kira jam 1.50 pagi, seorang daripada rakan serumah 3 gadis terbabit datang menghampiri kami. Dia berusia 24 tahun, berasal dari Selangor dan kedengaran petah berkata-kata.


“Sebelum ini orang selalu kacau,” katanya. “Dikacau bagaimana?,” soal saya. “Pernah satu malam, kira-kira 15 orang tua tua datang berdiri di jalan ini. Dia orang ambil gambar dan cuba memanjat pagar. ‘Benda’ itu, bukan ke kalau dikacau, dia akan kacau kita balik?,” dia bertanya. “Benda apa?,” saya pura-pura tidak faham kenyataannya. “Hantu itulah,” jawabnya spontan. Sekadar ingin mencari kebenaran, soalan berikutnya saya ajukan. “Macam mana awak tahu rumah ini benar benar berhantu?” “Orang cakap rumah ini berhantu,” balasnya yakin.

“Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?,” tanya saya. Dia terdiam seketika. “Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini,” katanya.


Andai kata dakwaan itu benar, saya yakin puluhan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terletak kurang 2 kilometer telah lama ‘berkampung’ untuk menjalankan siasatan terperinci di rumah sama. Pasukan forensik juga pasti tidak kering keringat merungkai dan menganalisa bahan kes. Saya kira, dakwaan dihebahkan secara semberono dari mulut ke mulut itu memburukkan imej rumah dan pemilik. “Pernah ternampak orang tua datang mengambil surat, bila ditanya, boleh ke kami sewa rumah ini? Dia marah,” jelas pelajar itu lagi.

Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.


“Rumah bawah awak duduk sekarang, berapa sewa sebulan?,” soalan saya ajukan. “Sembilan ratus ringgit,” jawabnya. Jika tidak didikatakan berhantu, kru 666 menganggarkan sewa bulanan rumah dua tingkat terbabit mampu mencecah RM1,300. Kini, maklumat tercatat di internet mendakwa tiada penyewa sanggup menetap di rumah itu biar pun dengan bayaran RM50 sebulan. Kru 666 tidak berpeluang melakukan tinjauan terperinci kerana premis itu berpagar dan kami tidak berhajat melanggar undang-undang kerana menceroboh. Setelah diteliti, kamera perakam pergerakan di tempatkan berhampiran pagar rumah tidak merekodkan visual entiti paranormal. Namun, kamera digital merakamkan bebeapa gambar pegun entiti dipercayai orbs atau sekadar habuk berterbangan.




Sejak sebulan lalu, kru 666 berhasrat menghubungi pemilik rumah tetapi gagal. Kami ingin memohon kebenaran beliau untuk bermalam di rumah itu dan menjalankan tinjauan sekaligus cuba menyingkap fakta di sebalik rumah dikatakan berhantu itu. Seperkara lagi, 666 terfikir, mungkinkah kisah seram menyelubungi rumah itu hanya sekadar rekaan sahaja? Atau barangkali gambar rumah sama dirakamkan secara rawak dan pemilik terpaksa menerima bahana?


* Okeylah, untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

25 comments:

  1. tima kasih wujudkan entri ni..
    memang tertanya-tanya pasal cerita ni..
    tapi, takda jawapan yang sahih lagi sama ada rumah tu memang berhantu atau tak.
    wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Abe sekadar berkongsi.... neway, sama2 :)

    ReplyDelete
  3. que, rumah sewa sy sekarang memang xjauh dari situ...sangat dekat,bley jalan kaki je....sepanjang sy duduk shah alam ni memang macam2 versi dah dengar, bukan rumah tu je...sekitar shah alam..ape yg saya fikir, sebenarnye rumah2 ni xla berhantu pun...tapi orang nampak rumah2 ni berhantu sebab rumah2 ni rumah lama,kosong plak tu...bile uitm shah alam dibukak, barulah shah alam ni hidup...kalau x, dulu orang kate tempat jin bertendang..rumah2 pun old style punye..no wonderla orang kata rumah kat shah alam ni berhantu...berkaitan kene kacau tu, mungkin secara kebetulan je...duduk mane2 pun kalau dh nak kene kacau,tetap kene kacau jugak..

    *slalu gak lalu rumah tu lepas 12tgh malam sebab gi lepak mamak..tapi xnampak plak benda2 pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak duduk dalam rumah tu bolehla cakap...

      Delete
  4. masih blm ada jawapan yg sahih...wpun byk cite yg dengar..

    ReplyDelete
  5. takut lah KA benda2 mcm ni sebab dh ade pengalaman !

    ReplyDelete
  6. masih sangsi la..kalau dpt betul-betul kepastian...laGI OK..

    ReplyDelete
  7. Abe & teh geng ke ??...,

    Kagum!

    ^____- ..
    nanti Chenta datang lagi .. update yer!

    ReplyDelete
  8. Kru Penyingkap Fakta 666.

    ReplyDelete
  9. tq follow blog sy yg xseberapa tu..terharuu sgt..betul ke rumah tu berhantu? macam elok jek..ahah..cantik ag tu..

    ReplyDelete
  10. salam.....
    Selamat Menyambut Ramadhan...

    saya pun dok shah alam....

    ReplyDelete
  11. kalau sy ternampak hantu pun,
    sy takkan sanggup rakam atau snap gmbr... T__T
    selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak..=)

    ReplyDelete
  12. Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya, itu bukan rumah yang dimaksudkan. Rumah yang di maksudkan berhampiran The Wet World dan Sirim di seksyen 2 shah alam. Banglo...http://m.youtube.com/watch?v=2c4T6wIocg0. Saya sangat setuju mana2 penyiasat menyelesaikan kes ini sebab dah lama sangat. Atau mana2 pakar yang boleh halau syaitan dan jin kafir tu keluar supaya tak menyesat dan menakutkan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam bro link yg bro bgi tu mcm xdpat pon kt utube

      Delete
  14. mazidul botak ni sembang je lebih.ada ke nak cari hantu bawa kroni bebelas org.klu dah terer sgt pi la sorg dua.paling bangang is ada manusia yg kononnya penyiasat paranormal tapi pi buat kajian bebelas org kat tempat berhantu

    ReplyDelete
  15. Aku rasa betullah berhantu rumah ni.terutama masa dulu dulu 10 tahun lepas.nampak pun seram.yang aku percaya tu,ada pokok di tepinnya.Ada pelajar uitm memberitahu dulu 2 orang kawannya mati telah menguatkan cerita tentang rumah ini.sejarah dulu,kita tak tahu ada orang mati ditanam di sana,minyak dagu ke dsb.takkan polis nak gi cari tanpa lapuran.itukan rumah orang.

    ReplyDelete
  16. Kenapa diorg namakan grup 666? Tu no utk setan/iblis.

    ReplyDelete
  17. Rumah ni da jadi taska skrg, tp bahagian bawah je kot. and ada buat pintu belah tepi, x guna pagar depan

    ReplyDelete
  18. Hmm.. saya menyewa rmh ni dr dec 2015 hingga kini. Saya pemilik tadika+taska d rmh ni bmula dec 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mencari owner rumah berhantu mana2 saja pun boleh..mohon hubungi saya di
      putera.edir@gmail.com

      Delete
  19. @Norlida Abdul Ghani

    Saya ada nampak dalam google road view dua orang perempuan punggah barang dari kereta kat depan rumah ni. Akak ke tu?

    Masa saya mula baca cerita tentang rumah sewa rm50 tu, saya dah agak itu cerita rekaan. Apa tujuannya tak tahulah, mungkin saja nak circle jerk. Mana asal cerita tu pun orang tak tahu. Tiba-tiba saja banyak blog paparkan cerita tu.

    Sebab kalau itu cerita betul, mesti Metro dah tulis cerita tu. Tapi tak pernah mana-mana suratkhabar atau majalah pun cover. Maksudnya kemungkinan besar cerita kelentong. Mungkin rumah tu betul berhantu dulu, tapi cerita yang ada orang sepak busut kena langgar kereta tu dramatik sangat.

    ReplyDelete
  20. Dramatik?? Setuju sangat kot.

    ReplyDelete
  21. Akk msih tggal d rmh ni. Msh terima tetamu yg dtg btanya nk mengesahkan ttg kisah hantu rmh ni.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"