KUALA LUMPUR - Peguam Kamal Hisham Jaafar menafikan pernah mengenali
atau berjumpa dengan pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya
Syed Abdulah Syed Hussein Al-Attasyang kini ditahan reman oleh polis. Selain itu, beliau turut menafikan pernah mengupah Uncle Seekers untuk
memaparkan artikel mengenaidakwaan penganiayaan Sultan Johor keatasnya.
“Dalam blognya, beliau telah memaparkan artikel berkaitan penganiayaan
terhadap saya dan beberapa dokumen lain selaras dengan apa yang saya
perjuangkan. “Namun, saya pelik bagaimana beliau boleh dapat dokumen-dokumen itu
sedangkan saya tidak pernah bertemu beliau," katabeliau pada sidang
media menerusi telefon kira-kira 30 minit dipejabatnya, petang ini. Sehubungan itu, Kamal Hisham berkata, beliau meminta
peguamnya mengkaji perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang
terhadap Uncle Seekers.
“Saya juga banyak dikritik dan dikutuk di dalam blognya itu. Saya ada
minta rakan dia sampaikan pesanan supaya berhenti mengkritik saya, jika
tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya. Katanya lagi, beliau harap beberapa isu yang dikaitkan dengan dirinya
sebelum ini disiasat oleh pihak polis dengan adil termasuk yang
dipaparkan di laman blog Uncle Seekers. “Saya cuma mahu tegaskan lagi, saya tidak tahu dan pelik bagaimana
Uncle Seekers boleh dapat akses kepada semua dokumen yang dipaparkan di
laman blognya sedangkan saya tidak mengenalinya.
"Biarlah polis siasat perkara ini dengan adil,” katanya.
mcm tak logik je .. mcm mana US leh dpt kalau xde org bg . ermm
ReplyDelete