NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”. Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Salam, Retrograde Motion hanyalah ilusi sudut pandangan dari Bumi dan bukannya planet Marikh benar-benar telah bertukar arah haluan orbitnya... Sila lihat rujukan di bawah.
ReplyDeletehttp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6a/Retrograde_Motion.bjb.svg/2000px-Retrograde_Motion.bjb.svg.png
Walau bagaimanapun, Bumi akan bertukar pusingan paksinya bila Bumi dan sistem solar melepasi Central Galactic Equator, sama seperti pusaran air flush yang berubah di dalam kapal apabila kapal melepasi garisan khatulistiwa. Wallahualam..