Sahabat Que 'Silent Readers'

TELADAN: Ucapan Merendah Diri Seorang PEMIMPIN - Bersangka Baiklah...

7/13/2012 11:08:00 pm

antara PIMIMPIN yang Abe kagumi...
Salam...
Malam ni Abe nak berkongsi dengan korang semua satu Tulisan yang pada Abe sungguh IKHLAS. Pada Abe, pemimpin merupakan teraju utama dalam satu pasukan... Bila dah diberi kepercayaan sebagai pemimpin, dia telah menggalasnya dengan baik... Abe terpikir untuk mencontohi seorang pemimpin ini. Sikapnya Abe kagumi... Semoga jika ada kesempatan diberi peluang untuk Abe memimpin, sikap beliau InsyaAllah Abe akan contohi... Abe tergamam dan kagum bila membaca ucapan beliau ini baru kejap tadi, sungguh merendah diri... Semoga ALLAH S.W.T akan terus menCekalkan hatinya untuk terus memimpin. Abe kongsikan dengan korang...

Assalamualaikum,

Pertamanya syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya diberi kekuatan untuk berkongsi maklumat dengan semua. Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang memberi sokongan atas usaha saya ini. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dan pengajaran. Sesungguhnya nasihat menasihati itu amat penting bagi manusia yang amat lemah dan dhaif.


Ramadhan semakin hampir menjelma.... Sudah cukupkah persiapan kita menghadapi Ramadhan ? Adakah cukup persiapan kita dengan menempah baju raya,  membeli pinggan mangkuk baru, membeli kasut baru, membeli sambal daging (serunding), dan mengecat rumah? Saya tidak mengatakan salah untuk membuat perkara-perkara yang sebut tadi. Tapi saya menyeru untuk kita juga bersedia untuk transformasi diri sebelum menghadapi ramadhan yang sudah amat hampir dengan kita.


Wahai sahabatku, cuba kita renungkan pernyataan-pernyataan ini :-


1) Saya nak berubah, nak pakai tudung.... Tapi, nanti orang kata kita nak menunjuk-nunjuk pulak... Tak pe lah, asalkan hati kita baik dan ikhlas, tak pakai tudung pun takpe...
2) Sembahyang je kat bilik, nak buat apa sembahyang kat surau...kalau nak menunjuk-nunjuk pergi surau baik toksah pergi...
3) Tengok Mek Senah tu, sejak dah kawin ni, jalan pun tunduk je, ajak minum pun dah tak mahu, bukan kita nak mengurat dia puuuun ... Sombong betul...
4) Ek eleh, takkan baru lepas balik haji dah berhenti merokok ... Apa jahat sangat ke orang merokok ni ?
baca lagi KLIK SINI...
Pernyataan di atas mungkin pernah kita dengar atau terbit dari mulut kita sendiri. Namun adakah pernyataan di atas pernyataan yang betul ?

1) Adakah benar kita ini baik hati dan ikhlas sedangkan perintah tuhan untuk menutup aurat dilanggar begitu sahaja? Baikkah kita jika hanya mementingkan pandangan manusia daripada pandanganNya?
2) Adakah baik kita bersembahyang sendiri daripada berjemaah di surau? Sudahlah kita tidak berjemaah , baikkah pula kita mengata orang menunjuk-nunjuk dan tidak ikhlas?
3) Adakah kita hendak menuduh seorang wanita yang menundukkan pandangannya dan menjaga maruah suaminya seorang yang sombong? Adakah orang itu sombong jika dia menurut  perintah Allah ?
4) Adakah salah orang yang berhenti daripada sesuatu yang dibenci oleh agama? Adakah baik kita bersangka buruk terhadap orang yang melakukan kebaikan ?


Apabila kita bercakap tentang ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk, semua ini berkait dengan hati. Dan apabila kita bercakap mengenai hati, tidak ada sesiapa pun yang lebih mengetahui apa yang terpahat dalam hati seseorang melainkan orang itu sendiri dan Allah. Oleh kerana itu, perkara yang paling penting apabila kita melihat sesuatu pada seseorang adalah bersangka baik. Sesungguhnya, Tidak ada hadnya untuk kita bersangka baik.

Janganlah kita cepat bersangka tidak baik apabila orang lain membuat perubahan yang positif untuk dirinya. Bahkan, jika seseorang melakukan kesalahan, kita tidak boleh membenci orang yang melakukan kesalahan itu. Apa yang harus dibenci adalah perbuatan salah orang itu, dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menegur kesalahan itu dan berdoa agar orang itu mendapat petunjuk.


Janganlah bersangka buruk jika kita ingin melakukan kebaikan. Teruskanlah perubahan dan transformasi diri kita. Jangan kita bertangguh untuk berubah kerana kita tidak tahu berapakah umur kita sebenarnya! Jika orang bertanya kita, berapakah umur kita sekarang? Jika kita lahir pada tahun 1972, contohnya, kita akan menjawab umur saya 40 tahun. Tetapi sedarkah kita, 40 tahun itu adalah umur yang telah berlalu dan yang kita telah habiskan dalam kehidupan ini. Sesungguhnya kita tidak tahu berapa baki umur sebenar yang ada pada kita.


Wallahua'lam...

mintak tolong sat, tekan SINI pastu LIKE gambar Header Abe ye... Tq, Jasamu Dikenang

You Might Also Like

2 comments

  1. sesiapa sahaja kita, bila kita berucap dengan penuh rendah diri. nescaya kita akn mampu mendapat sokongan org. dn mudah didekati, org senang dgn kita.

    ReplyDelete
  2. Dugaan org yg berbuat baik mcm2. Letakkan hati pada Allah, Insyaallah kita mudah terima ujian yg datang. Kalau dalam hati masih terdetik rasa tidak puashati dgn org lain selagi itu hati kita belum cukup bersih. Peringatan utk diri sendiri.

    Lps ni saya tolong like

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad