SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola
sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak
dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling di sini untuk
berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang
sedang dihadapi mereka. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu
sewajarnya berbuat demikian bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak
lama lagi. "Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil
ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah
rumah tangga mereka. "Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. "Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik," ujarnya.
Dalam pada itu, peguam Syarie defendan (Rita), Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing. "Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan. "Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," katanya.

Membalas kenyataan tersebut, Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib
Johari berkata, perbincangan itu boleh dilakukan sekiranya kedua-dua
belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah mereka secara
keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja. Sementara itu, pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal
terhadap permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali
taat) yang dikemukan. Wan Mahyuddin juga mengarahkan pihak plaintif mengemukakan jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak defendan. Peguam Syarie plaintif memohon 14 hari untuk mengemukakan jawapan balas terhadap bantahan awal tersebut.
Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak
dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan
Arsenal pada 24 Julai depan. Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi. Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai
dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan
kedua-dua anak mereka. Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman
mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang
didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga. Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki
iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia
kira-kira setahun.
cantiknya kak rita bertudung..=)
ReplyDeletesy harap mrk dapat sambung kembali ikatan tu..
kesian anak2 mereka...
doa2 lah semoga kasih sayang kembali terjalin.. jauhkan la cerai berai ni kan
ReplyDeletesepatutnya dari dulu lagi bincang baik2.. bila dah turun naik mahkamah..byk cerita yg spatutnya di rahsiakan orang tahu..
ReplyDeleteapapun hopem semuanya berjalan dgn lancar dan mereka masih boleh bersatu..anak kecil2 msih tu