TIPS: I'm NewBie BLOGGER - 2 Bulan 11 Hari... (Tips Untuk Blogger Baru)
7/15/2012 08:34:00 pm
Salam...
Pengalaman & Pembelajaran telah mengajar Abe banyak perkara... Abe kutip, Abe hayati, Abe bertanya, Abe mencari, Abe belajar, Abe hargai, Abe menilai, Abe pelajari, Abe kongsi, Abe rajinkan diri, Abe bekerjasama, Abe join segmen, Abe join 'Contest'..... Macam2 lagi lah.... Semua tu Abe lakukan sepanjang 2 Bulan 11 Hari ni... Sedikit sebanyak, banyak benda yang Abe dapat dari Dunia Maya ni... Benda baik yang kita kongsi, InsyaAllah ALLAH TAALA akan bantu kita... Sepanjang tempoh ni, Abe lihat sahabat yang terdekat dengan Abe pun telah mula menyokong penglibatan Abe dalam Dunia Maya ni... Tq KakiSembang.com & RonyAnuar.com. Harapan Abe agar semua Sahabat2 Abe, jadilah juga Sahabat2 mereka berdua...
Untuk itu, hasil daripada pembelajaran Abe dalam masa yang singkat ni, kali ini Abe sediakan satu kajian titipan khas buat blogger-blogger yang baru sahaja memiliki blog sendiri. Kita bantu sama2 kita ye... 'Support Each Other', bersaing cara sihat... InsyaAllah akan diRedhaiNYA... Harap2, TIPS2 kat bawah ni dapat membantu, sepertimana dulu Abe telah DI BANTU... Tq kepada Ben Ashaari, Abg Nan Mat Gebu (www.tiffinbiru.com), Geng Whatsapp Alamanda SPA & Resort (Ben, Fiza, Qaseh, Sue, Yanty, Mieza, Mk Syahir, Sis Lin & Cikali), Sahabat Que di www.queachmad.com ni (korang semua la ye, hehehhehe), Bloglist Sahabat Que di Putrajaya & Bloglist Inspirasi Que (korang semua jugak)... Okey, kita teruskan dengan TIPS dari Abe... Harap2 agar ianya dapat membantu korang semua...
1) Mulakan dengan Pengenalan
Nasihat Abe buat blogger baharu, mulakan blog korang dengan entri
pengenalan. Ceritakan tentang misi korang untuk blog tersebut. Kenapa korang
memilih medium blog, dan siapakah inspirasi korang dalam dunia blog ini? Macam Abe, korang semua dah tahu dah kan? hehhehehe... Ben Ashaari Abe jadikan Idola & Inspirasi Abe dalam dunia maya ni... Pengenalan kena Ringkas dan padat, semua suka dan mesti baca punya.
2) Selaraskan Penggunaan Bahasa
Gunakan bahasa yang korang rasakan sesuai dengan cara penyampaian korang. macam Abe, Abe biasakan diri Abe sebagai 'Abe'.
Kekalkan stail bahasa korang. Jika korang menggunakan tatabahasa yang betul,
itu lebih baik. :)
3) Sertai Segmen dan Pertandingan
Banyakkan menyertai segmen-segmen dan pertandingan (contest) untuk
mempromosikan blog korang. Jika korang menyertainya, sekaligus secara tak langsung korang cuba
membiasakan diri korang dalam dunia blog. :)
lagi TIPS, KLIK SINI...
4) Bina Artikel Hebat dan Mantap
lagi TIPS, KLIK SINI...
4) Bina Artikel Hebat dan Mantap
Cabar diri korang ! Tulis sebuah rencana yang mempunyai penggunaan ayat
yang teratur dan menarik. Jangan lupa untuk masukkan nilai-nilai
kemanusiaan sebagai mesej penceritaan korang. :) Penulisan adalah satu
satu jihad yang besar.
5) Mesra Facebook dan Shoutbox
Biasakan diri korang mempromosikan blog korang dalam Facebook. Juga biasakan
diri korang untuk blogwalking ke blog-blog lain. Mesra Shoutbox / ruangan
chat. Sekaligus blog korang akan dikunjungi orang lain.
6) Penggunaan Widget yang Moderate.
Kawal widget korang. Jangan terlalu banyak dan nampak canggih. Widget yang
terlalu banyak akan memberatkan blog korang. Biasanya, blogger baru
memang akan memasukkan sebanyak yang boleh dalam blog mereka. ini secara
tidak langsung, akan memberatkan sekaligus membosankan pengunjung.
Jadkan blog korang mesra pengunjung
7) Bina produk sendiri
Produk di sini bermaksud korang cabar diri untuk membuat segmen dan
pertandingan sendiri. Sebagai contoh, segmen Bloglist, Giveaway, Cabutan
Bertuah, Pertandingan Blog jejaka dan jelita dan macam-macam lagi.
Ini sahaja tips-tips buat blogger baru. Moga ia bermanfaat. Bagi
mereka yang mengikut tips di atas, tinggalkan link korang di ruangan 'post a comment' ya.... Untuk komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen...
*Abe harap agar KORANG semua akan kongsikan seramai mungkin TIPS2 ini dengan semua orang... ILMU jangan kedekut... Pada Abe, penulisan adalah sebuah JIHAD... Ganjaran pahala menanti kita kalau kita IKHLAS berkongsi benda yang baik, InsyaALLAH.... Jangan LUPA SHARE YE entri ni.... LIKE skali.. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
22 comments
Terima kasih bg info ni... Kena buat semua tips ni baru boleh maju.. Hehehe
ReplyDeletesama2... benda yg baik harus dikongsi..... takmo kedekut kedekut :)
ReplyDeleteRamai juga yang berkongsi, kita je nak taknak buat... Malas je la alasan yang ade.. Hehehe buat setakat ni, alhamdulillah, masih ikut tips tips gini
ReplyDeleteterima kasih abe atas nasihat & infomasi tu.. saya pun blogger baru yg baru belajar bertatih dlm dunia blog ni..
ReplyDeletetq for info bro, saya budak baru belajar..
ReplyDeleteohh gitu. leeza kategori baharu juga tau. sbb byk tak tahu.
ReplyDeletefirst time msuk blog nie...sblu nie xpnh nmpk pn??
ReplyDeletepapn salam perkenalan :)
http://bakul2011.blogspot.com/2012/07/mael-lambong-full-movie-2012.html
bagus info ini ... perlu ada ilmu agar dapat berblog dengan baik, bukan mudah tetapi dalam apa jua benda yang kita suka buat, pasti ilmu itu akan jadi pedamping agar blog lebih maju.
ReplyDeletewww.hasrulhassan.com
Assalam.. tq for the info.. sgt2 membantu nie..
ReplyDeletewww.ayuhashim.com
terbaik ! ^^
ReplyDeletethanks for the sharing. im newbie :)
ReplyDeletesy pun masih baru dalam berblogging ni... bnyk lg yg perlu sy belajar... tp, dr hari ke hari bnyk ilmu yg saya dapat dlm berblogging... salah satunya apabila terbace entry dalam blog ni...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-kisah-bermula.html
Terima kasih abe.. tips yang berguna juga buat NH yang masih baru.. semoga dengan tips yang diberikan ini dapat memberi semangat buat semua..
ReplyDeletehttp://blognasirhamzah.blogspot.com/
Tahniah que..mmg kemah keming
ReplyDeletesama2, terima kasih... kita kongsi apa yang petut dalam Dunia Maya ni.... Harap semua dapat berkunjung lagi ke sini...
ReplyDeletetq Q atas info di atas..mmm...dah otai tapi saya masih mahu belajar mengenai dunia bog..blog saya agak sunyi kerana kawan2 sebaya saya tak berapa berminat...mungkin sibuk..so, menerawanglah saya di blog adik2 mencari info..ya, yang baik kita kongsi2kn bersama..btw..saya dah masukkan blog Q dlm blog saya...
ReplyDeletethanks... cool info..
ReplyDeleteberguna sangat... :)
:-) tq sb sama2 support www.queachmad.com
ReplyDeletetrima kaseh banyak Abe...info yang baik ini bagus bukan sahaja untuk blogger baru...tapi blogger lama mcm kak sya nih pun x tau bender2 nih semua....apa2 pun semua kena belajar kan...sekali lagi terima kasih...:)
ReplyDeletehttp://danisyakiffli.blogspot.com/
saya kena bca juga ni.......tq abe que
ReplyDeleteyesss semuaa tips tu sgt bgne utk newbiee.cayok2 jd blogger ngetop.hihihih
ReplyDeleteassalamualaikum abe,
ReplyDeleteTips yang sangat berguna, lagi-lagi untuk budak baru macam saya ni.
http://kisahsigemok.blogspot.com
Terima Kasih
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"