Tuesday, 28 August 2012

NAUZUBILLAH: Amalan 'TEST DARA' Dulu Sebelum Kahwin Kini Jadi Trend?

Salam Petang.

Macam2 manusia zaman sekarang ni.. Orang berkasih, dia nak berkasih. Orang bercinta, dia nak bercinta... Mengenali dan bercinta dengan seseorang perempuan tapi tiada niat untuk memperisterikannya merupakan satu mende yang kurang elok, kata Uztaz Azhar Idrus la, Abe copy je ayat Ustaz Azhar, hehehhehe... Yang ni pulak, Abe terBaca dalam satu artikel. Kisahnya tentang amalan yang telah menjadi 'trend' oleh anak muda zaman sekarang ni... Tak tahulah Abe 'trend' pesen apa namanya ni... Ni semua gara2 Jahil Agama, hurmmmm. Kisah ini khabarnya berlaku di Kuala Lumpur. Ni Abe kongsikan dengan korang semua:

Pertemuan indah diimpikan seorang wanita berusia 32 tahun yang mahu bertemu ‘kekasih SMS’ buat pertama kalinya selepas berkenalan melalui telefon sejak lebih sebulan lalu bertukar tragedi apabila dia dirogol lelaki terbabit di sebuah rumah di Jalan Semarak, di sini. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Wanita yang termakan pujukan manis lelaki berusia 20-an itu dilaporkan menempuh perjalanan lebih lima jam dengan menaiki bas dari rumahnya di Dungun, Terengganu untuk bertemu kekasihnya itu di ibu kota pada 8 Januari lalu. Difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari sebelum tiba di Hentian Putra, di sini, kira-kira jam 5 petang dan dijemput lelaki terbabit.

Menurut sumber, mangsa kemudian dibawa ke rumah kekasihnya itu di Jalan Semarak, di sini, sebelum dirogol lelaki terbabit. “Selepas kejadian itu, lelaki terbabit berjanji untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hentian Putra untuk pulang ke rumah. Lelaki itu sekali lagi berjanji akan menghantar rombongan peminangan ke rumah mangsa untuk sebagai tanda kasih,” katanya. Bagaimanapun, sejam selepas bas meninggalkan hentian berkenaan, lelaki itu menghantar SMS mengatakan tidak mahu bertanggungjawab dan mengarahkan mangsa melupakannya. Berang dengan perbuatan kekasihnya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Besi di Dungun sebelum kes berkenaan dirujuk semula ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

6 comments:

  1. huh..mcm2 perkara berlaku sekarang ne...

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kalau benar2 suka, datang ke rumah ditemani keluarga..
    yang perempuan pula, jangan mudah termakan pujuk rayu. Ish...

    ReplyDelete
  3. best artikel ko i follow... hehe-http://zaimzero.blogspot.com/2012/07/minuman-kolagen-el-marino-hot-hot-hot.html

    ReplyDelete
  4. macam2 la hai sekarang ni.. moga jauh dari kejadian macam tu pada ahli keluarga dan sanak saudara kita semua..

    ReplyDelete
  5. Salam tuan. Blog tuan telah dipautkan dengan Mimpi Senja. Terima kasih kerana meminati MS.

    ReplyDelete
  6. itulah yg berlaku saban hari tika ini usahkan di ibu kota malah ada di mana2 pun...
    bukan sekali dua sedangkan dah beribu riban kes sebegini...kenapa yer perempuan sangat mudah dipujuk rayu?????? tak kanlah tak boleh fikir baik buruk langsung...adakah masalah 'kegedik-kan' or kalut mahukan pasangan???? feninn al feninn al feninn...
    plz lah...perempuan..plz lah..huhhhh seb bek eden nih tak suka ambil kesempatan hehehe

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"