BICARA RAMADHAN QUE IV: Keistimewaan Al Quran & Malam Lailatul Qadar
8/10/2012 04:36:00 pm
Ulama
bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang
jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan
pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari
turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya. Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan.
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu
rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi
lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini. Al-Quran mukjizat
terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat
Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran
sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman
atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI niInilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran. Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
1 comments
nice sharing.....
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"