Monday, 6 August 2012

EKSKLUSIF: Budak Perempuan Dapat 5 Hari MC. Seharusnya dinasihati, bukan dipersendakan...

Salam.

Korang tau tak sekarang ni yang duk kecoh dalam 'Facebook' ni, hangat jugak la... Alaaaaa, pasal Budak Pompuan yang dapat MC 5 hari tu sebab sakit mata... Pernah dengar tak? Pernah tengok tak? Abe sempat jugaklah tengok video tu dalam Internet tadi... Ikhlas Abe cakap kat sini, Abe tak paham langsung apa yang nak diberitahu dalam video tu.. TAPI Abe adalah terfikir sesuatu dari sisi lain, disebalik video tersebut, ramai yang telah cuma mencari PUBLISITI dengan cara mengambil kesempatan mempersendakan dengan cara yang sama setelah keluarnya video tersebut kat Internet... Kononnya nak buat lawak video balas tapi sedarkah, pada masa yang sama Abe pikir, WAJARKAH mereka2 tu merasa apa yang mereka2 tu buat adalah lawak @ dalam bahasa yang lain, MEMPERSENDAKAN ORANG? Mungkin ada yang akan cakap, memang patut pun budak tu kena persenda, padan muka.. Abe nak tanya sikit, tugas kita ke nak judge2 orang ni? Jawapan Abe, Abe tak layak nak 'judge' orang sebab Abe pun tak 'perfect'...
baca lagi & lagi video KLIK SINI
Abe tengok makin ramai antara mereka2 yang tergedik-gedik nak tiru budak kat atas ni. Kat sini Abe letak versi asal dan versi2 persenda... Persoalan dalam kepala Abe, WAJARKAH mereka2 semua tu buat macam tu? Memanglah sekaligus, nampak keLawakannya tapi pada masa yang sama TERSERLAH keKurangCerdikannya... Ni antara komen2 yang Abe baca dari Youtube.. Antaranya... 
Yang tak kutuk. " Eh..lawaknyer video ni....", " Hebat ar dorang ni buat video..lawak."
Yang mengutuk. " Ni lah dia,budak setahun jagung. Takdak akal. Apa kejadahnya buat video ni?", " Ni mesti makbapak tak ajar ni.. malang sungguh.", "Kalau aku la, aku malu nak buat video macam ni. Macam gampang!" 
Melalui pencarian Abe, memulanya difahamkan video ni budak pompuan tu kat facebook dia je. Tujuannya, memang tak masuk akal untuk Abe pikir.. Motifnya pun Abe rasa TAKDAK MOTIF.. Tapi mungkin baginya, kononnyalah mungkin nak berkongsi dengan kawan-kawan.. & Abe rasa kita semua takdak hak nak hina dia. Kalau nak menegur perbuatannya, itu memang Abe setuju sangat... Cuma bab nak mempersendakannya dengan cara begitu tu je yang Abe terpikir 2 3 kali... Abe rasa Kurang Patut... Mungkin jugak sebab 'Entri' Abe ni, ada la nanti yang beranggapan yang Abe ni ada pe2 ikatan yang budak tu. Sedara Abe ke budak tu, Kekasih Abe ke budak tu, & tak terkecuali Scandel Abe la tu budak gedik tu.... hurmmmm. Untuk makluman, Abe memang tak kenal pun budak tu, tak kenal langsung. Abe takdak kaitan dengan dia cuma bagi Abe, tak patut lah sebab sesungguhnya dalam hati kecil Abe rasa kesian je.

Korang tak rasa kesian ke apabila ramai duk kutuk dia? Duk hina budak ni? Sampaikan Abe rasa tak patutlah, orang dewasa pun mencemuh dia? Pada Abe, yang sepatutnya ialah kita berusaha nasihatkan budak tu... Tambah-tambah lagi, budak bandar. Macam-macam budaya songsang yang menular sampaikan terhasilnya video yang tak sepatutnya ni & ada yang turut menjadi dugong dengan tiru aksi budak tu dengan tujuan apa pun Abe tak tahu. Abe nak cakap lebih pun tak boleh sebab awalnya tadi pun mungkin Abe pun turut mengutuk budak ni. Tetapi Abe sedar, siapa Abe ni nak nak hina dia? Sempurnakah Abe ni? Takdak silap ke Abe ni? Dah cukup ke ilmu Abe ni? Hensem ke Abe ni? Perfect sangat ke aku ni? & Yang paling penting, status Abe disini Allah swt. Adakah sebagai hambanya yang beriman dan bertaqwa ataupun tidak?

Kita kena fikir tu. Sebenarnya, Abe lagi kesian kat mereka2 yang lain. Tak tahu apa yg mereka2 tu fikir. Kita semua tak sempurna, ada kekurangannya. Jadi, kalau salah tu tegur dulu... tegur dengan berhemat... Ada 3 cara tegur :-
Dengan Kata
Dengan Perbuatan
Dengan Doa

Tegur dulu, bukan terus kutuk & mempersendakan... Ni pesanan untuk diri Abe jugak... wallahualam Ia sekadar Pendapat Abe sahaja..

6 comments:

  1. mcm2 video dibuat haaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. saya tgk budak yg dpt mc 5 hari tu,
    rasa pelik dan tertanya-tanya la,
    kenapa la dia upload video camtu..
    mungkin tujuan dan pemikirannya lain dari apa yg kita fikir..
    maklumlah dia masih remaja dan belum matang pemikirannya..
    terpulanglah pada dia sendiri..
    kalau dia rasa malu, dia patut delete video dia tu..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. laa, takyah kutuk arr. layan je video dia, mana tau pasni ade syarikat pengiklanan amik dia jadi model iklan ke ape, kan?
    cam cikgu shida, sekarang dia dah femes, tu semua berpunca buat gedik-gedik kat youtube laa..

    ReplyDelete
  4. fiza dah tgk dah last week , meme la..yang tiru tu lebih kure jah dgn Nur Feetri tuh . First tgk Vid Nur Feetri tuh , garu kepala jap , ape kes la budak nih . hihi .

    ReplyDelete
  5. Kalau tengok mcm tu ja, mmg la nampak macam tak dak keja ja budak ni. well, we don't know apa intention dia. budak2.sekali imbas tgk mmg mcm hiburan. tp bila dh lelama tgk kesian pulak kat dia. plus comment2 yang tak berapa nak membina. saya setuju dgn awak. kalau nk tegur tu biar berhemah. tegur guna otak bukan guna perasaan. tak salah kan ? :) peace

    ReplyDelete
  6. huhuhu lawak2...budak2....jgn la kite pun jadi budak2....dia seronok je bkn tau akibatnye...yg dewasa ni jgn la jd budak2 same ehehhe....

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"