KUALA LUMPUR: Pengarah,
pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan
hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions
Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro,
Aidilfitri nanti. Ramai yang ingin mengetahui perkembangan
terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak
kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin
dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit
akan pulang ke Kelantan Syawal ini.
“InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung. “Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,” ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana
perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada
diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti. “Mungkin ramai juga tahu saya memang
sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang
saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan
jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada
potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.
“Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia. “Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,”jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

MEMBACA DAN TERUS MEMBACA...
ReplyDeleteheeeee....
ke luar negara selalu erk.
mgkin byk pernigaan yg perlu diuruskan.
Selamat Hari raya !
ReplyDelete