Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa. Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran Al-Quran selain puasa? Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’
Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan
kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa
pada hari Asyura sebagai tanda syukur. Lalu kami
berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan
Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat
berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari
ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah
bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms
163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh
Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat
atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan
menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga
mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan
mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air
lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air
dekat Laut Merah. Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah
Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci
al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews
dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena
itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab Al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan
menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel
terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut
di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu
menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan
angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8
kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan
lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi
melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa
meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
Hebat!
ReplyDeleteDapat leeza tambah ilmu bila berkunjung ke sini.
ReplyDeletespeechless
ReplyDeleteKebesaran Allah..
ReplyDeleteNice info.. Thanks for sharing..
sungguh hebatnya kuasa ALLAH SWT...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/adakah-kita-faham-erti-kemerdekaan.html
memang kagum
ReplyDelete