Hantu, pasti anda
sering mendengar kata yang satu ini. Hantu merupakan makhluk halus yang
tidak boleh dilihat secara mata kasar oleh sembarangan orang. Pada
umumnya, hantu sangat suka berada di tempat-tempat sepi, kotor, lembap,
atau rumah kosong dan tidak terurus. Namun apa jadinya jika hantu
tersebut singgah dan tinggal di rumah anda? Di bawah ini ada beberapa
tanda bahawa rumah anda ada hantu :
1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di
rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah
anda terasa tebal, sempit atau berat.
2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara
ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat
terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi
di bilik air.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga,
harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk.
Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.
4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan
yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot
bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah
seperti gempa bumi.
5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung,
ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.
6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda
mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka
ada di sekitar anda.
Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak,
pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh
yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala.
Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang
dilakukan orang terpulang kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya
kita harus selalu yakin bahwa Allah akan selalu memberikan perlindungan
kepada kita.
Boleh juga dengan menaburkan garam kasar. Tapi awas ! Garam kasar
boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.
Sehinggakan rumah anda akan berbau hanyir akibat kecederaan makhluk
halus tersebut akan membalas dendam. Jika anda tiada ilmunya jangan
lakukan ini. Sebaik-baiknya pangillah mereka yang pakar dalam bidang ini.
teringat dulu semasa di asrama pd hujung minggu.. saya dgn seorang rakan je yang tak balik rumah..
ReplyDeletemlm2 tu mmg kami hidu bau wangi bunga, tapi kami diam jelah..
kata kawan sy tu, jangan ditegur kalau terhidu bau atau terdgr/ ternampak sesuatu..
nsb baik tak pernah diganggu...ngeee...
kalau ikut kepercayaan kami, mesti simpan bawang putih dan garam dalam rumah..=)
wallahualam.. :)
ReplyDeletemana ado hatu abe..jin jahla..hatu2..ghain jupo ko dok??perasa'e jah tu..hehehe jange maroh deh..
ReplyDeleteEeee..awk ni buat kite takut jer..
ReplyDelete