Sahabat Que 'Silent Readers'

KISAH BENAR: Cahaya Dari Kubur Hingga Ke Langit

8/21/2012 11:55:00 pm

Kisah benar yang akan Abe ceritakan di bawah ini yang sangat mengharukan dan boleh menitiskan air mata. Semoga ia menjadi suatu iktibar kepada kita semua.

Seorang lelaki telah melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus naik memancar ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kubur yang bercahaya itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat kenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya, setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al Quran di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek Al Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Al Quran. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Quran itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Quran buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan Al Quran. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan Al Quran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita.

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

8 comments

  1. hmmmm perkongsian yang menarik. satu per satu leeza baca.

    ReplyDelete
  2. Tq Leeza sb selalu support Abe. Jasamu dikenang :)

    ReplyDelete
  3. T_T..tersntuh rasa..mcm mne la org pndai baca al-quran tp x hargainya..tsk..tsk..

    ReplyDelete
  4. org yg serba kekurangan > m'hargai..

    ReplyDelete



  5. syukur alhamdulilah. semoga ia manjadi pengajaran utk kita semua

    ReplyDelete
  6. Salam sdr,
    Blog sdr dah pun di linkkan ke blog saya... http://shalehudin.blogspot.com/

    Mohon dilinkkan blog saya diblog sdr, terima kasih...

    ReplyDelete
  7. andai kini Chenta
    menangisi di depan al-qURAN ..
    Adakah Chenta hanya berlakon ??..


    (___ ____)'

    ReplyDelete
  8. Maha Suci Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Sebuah cerita yang amat menyentuh perasaan. Walaupun lelaki itu hanya manusia biasa tetapi dia telah berjaya menempatkan dirinta sebagai kekasih Allah.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad