Tuesday, 21 August 2012

KISAH BENAR: Ya Allah, Janganlah Engkau Bolak Balikkan Hati-Hati Kami!!!

Salam

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada Kami, dan kurniakanlah kami rahmat dr sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."

"Ya Allah...matikanlah kami dengan sebaik-baik kesudahan dan janganlah Engkau tamatkan keatas kami dengan seburuk-buruk kesudahan"

Alhamdulillah, sempat jugak Abe mencuri sedikit waktu pagi ni untuk mencoret sesuatu. Sebenarnya seperti ada sesuatu mengarahkan Abe untuk menceritakan sesuatu sebagai pengajaran untuk diri Abe dan juga korang semua, Sahabat Setia Abe di Blog ni... Beberapa hari lepas Abe bertemu dengan seorang sahabat lama.. Yang mana dulu Abe mengenalinya dalam Sesi Latihan program beberapa tahun lepas.. Selama Abe mengenalinya, bagi Abe dia adalah seorang kawan yg baik, sangat menjaga waktu solat, menjaga puasanya dengan baik, bertudung labuh, sopan & banyak lagi karekter yang terpuji ada padanya.. Dia juga menjadi bualan rakan-rakan dalam kumpulan Abe ketika itu disebabkan Kelawakan & KeSpontanannya.. Yang mana masing-masing mengagumi kawan Abe ni.. Sungguh Abe katakan dalam program itu dia sangat disegani & mudah didekati.. Apabila dia melontarkan pandangan.. Tiada yg membangkang, apabila dia memberi nasihat, sangat2 terkesan di hati sesiapa yg dinasihatinya..
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Tapi, sangat mengejutkan Abe apabila dia mengenali seseorang, sifatnya berubah.. Segala Ilmu agama di dadanya dicampakkan ke tepi dek Akalnya yang di RAJAI NAFSU... Bukan lah niat Abe untuk mengaibkan sesiapa.. Tapi sekadar pengajaran buat diri Abe juga.. Dia sudah jauh berubah.. tiada lagi tudung labuh menghiasi dirinya.. Hampir Abe tidak mengenalinya ketika Abe terdengar seseorang memanggil nama Abe.. Dan apabila Abe menoleh, Abe terlihat dia, Sahabat Abe tu... Mukanya jauh lebih keruh, penuh dalam raut wajahnya Nafsu yang BERGELORA... Perwatakannya berubah, tubuh badannya juga turut berubah. Berubah sama seperti Individu yang telah berkahwin... Dalam hati Abe seolah tidak percaya...

Sewaktu dia datang bertemu Abe, tanyanya apa khabar, terasa sebak di hati Abe.. Sebak dengan pertemuan ni.. Hampir beberapa lama kami terputus hubungan sebab masing2 sibuk.., akhirnya Abe dipertemukan dengan seseorang yang sudah jauh berbeza.. Kalau dulu.. dia selalu bertanya Abe.."Dah semayang dah ke belum?".. Abe hanya mampu menjawab.. insyaAllah, kejap lagi.. kerana waktu itu Abe terlalu jahil lagi bab tanggungjawab Abe yang sepatutnya... Sekarang? Perlukah Abe pula yang menasihati dia?... Dan Abe sekali dulu pernah menasihati dia...

Abe sempat berbual dengannya.. Sempat Abe bertanya.. "kenapa lain sekarang?".. jawapan yang Abe dapat dari dia hanya senyuman dan 1 ayat yang membuatkan Abe hairan.. "Tuhan pilih mu untuk berubah jadi lebih baik.. tapi bukan saya Que"... tersentak Abe bila dia memberikan jawapan seperti itu.. Abe xmampu nak berkata apa2.. Dalam hati Abe...terdetik.. kita x tau apa yg akan jadi pada diri kita akan datang..

Mungkin lebih baik..
Mungkin lebih buruk..
Mungkin jugak langsung tiada perubahan..

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yg sentiasa cuba menjadi yg lebih baik.. Semoga perjalanan hidup kita setiap waktu adalah ke arah yg lebih baik.. Doakanlah agar hidup kita,keluarga dan sahabat2 kita supaya tergolong dalam golongan yg mendapat hidayah Allah...
.................................................................................................................
Semoga Abe dipertemukan kembali dengan dia yang Abe kenali dulu..
Ya Allah..
Lindungilah Sahabat Abe..
Jadikanlah dia tergolong dalam hambaMu yg mendapat hidayah...

Manusia mana yang tak pernah buat silap kan?? Bukan setiap langkah kita ambil tu bukan semuanya di jalan yang benar, adakalanya kita tersasar sedikit dan adakalanya kita boleh tersesat jika kita terlalu syok dengan NAFSU tanpa tersedar langkah kita ambil tu telah tersasar jauh. Walaupun sesat kita masih boleh nak berpatah balik dan perbetulkan semula langkah kita selagi mana kita tak dikafankan..

Berubah menjadi lebih baik. Tapi kalau berubah itu sekadar keluar dari mulut tanpa tekad dari hati, tanpa usaha, tanpa pergaulan dgn manusia-manusia yg tinggi ilmu agamanya, selalunya perubahan itu sekadar cakap kosong. Akhirnya akan jadi alasan la, Sekurang2nya Abe try nk berubah menjadi lebih baik. Mulut kata nak berubah, tapi solat selalu tinggal walaupun ade org berkali tegur dan cuba kejut kala subuh tp tetap lebih sayangkan tido dari solat yg boleh menyelamatkan dari siksanya api neraka.

Mulut kata nak berubah meninggalkan perbuatan maksiat. Tapi hakikatnya diri sendiri tak mahu nak tinggalkan pergaulan bebas yg membawa kau ke lembah maksiat dan perbuatan mjungkar. Keluar berduaan, tido berduaan bersama, keluar sehingga lewat malam berduaan lelaki/wanita anjabi. Kalau diri kamu seorg perempuan, agak kau lah kan apa pandangan masyarakat terhadap kau?

Kau manusia yang mempunyai nafsu, kalau kau boleh keluar berduaan sehingga lewat malam atau pun berduaan dtpt tertutup tanpa berbuat apa-apa, kau memang manusia yang hebat imannya, tapi nafsu ni kadang tak perlu pun bisikan dari syaitan dia dah boleh jadi lebih dari setan bagi org yg lemah iman dia.

Berubah bukan sekadar kata dan xperlu lah nk bg alasan 'atleast aku berusaha nk berubah' walhal kau xberusaha langsung pun nk ke arah perubahan itu. Masih juga buat benda yang sama, bercampur org yg sama yang merosakkan kau. Kalau nak berubah tunjukkan usaha nak berubah itu, baru lah perubahan itu bukan sekadar cakap kosong, kalau tersasar lagi, belajar la dari kesilapan itu dan berusaha la nak perbetulkan balik, untuk berubah menjadi lebih baik dan tidak mengambil langkah yg telah tersasar balik.

*Abe bukan lah seorang ustaz, ini just utk peringatan diri.. Dan ini bukan la nak menunjukkan Abe ni baik tapi ini dari ape yg nampak dikaca mata dan permerhatian Abe. Abe manusia yang punyai banyak kesalahan maaf kiranya jika entri Abe kali ni banyak kesalahan...

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

Published with Blogger-droid v2.0.6

3 comments:

  1. Semoga Allah memilih kita untuk menjadi hambanya yg sentiasa cuba menjadi yg lebih baik.. leeza ingin menyatakan ayat ini juga....

    ReplyDelete
  2. Nauzubillahminzalik..Hidayah tu milik Allah..sbb tu hrgailh iman kita nie wlupun snipis bwng jga ia sbaik mungkin.sekali dh terssr sush nk kmbli ke pgkl jln.Walaupn pyh terus mujahadah lawan nafsu sndiri demi redha Allah.

    ReplyDelete
  3. Selagi ada kenginan mahu menjadi muslim yang baik. Insyallah ada jalan yang terang.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"