Sahabat Que 'Silent Readers'

PANAS: Dihasut supaya MURTAD ketika berbuka Puasa

8/09/2012 01:32:00 am

GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara. Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba. Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat. Namun, sangkaannya meleset kerana mereka bertanya tentang ibadah puasa.

“Kami tertarik kerana ada juga pelancong asing yang mahu bertanya tentang puasa sedangkan mereka bukan orang Islam, mereka tanya ‘kamu berpuasa ya?’ dalam Bahasa Inggeris dan kemudiannya kami mengangguk dan bercerita waktu bersahur dan berbuka. “Soalan mereka tidak sampai di situ sahaja kerana mereka bertanya kenapa perlunya umat Islam berpuasa. “Saya dan rakan-rakan jawab dengan penuh keyakinan dan kami saling menyampuk untuk menjawab soalan ‘mat saleh’ berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
baca lagi KLIK TAJUK ENTRI ni ye...
Hampir 15 minit berlalu menceritakan ibadah berpuasa umat Islam, lelaki asing terbabit menanyakan soalan yang agak mengejutkan Mohd Noor dan rakannya yang lain. “Kenapa kamu perlu percaya kepada tuhan kamu? Mari percaya kepada agama kami,” kata lelaki berkenaan tanpa ragu-ragu. Agak lama bercerita mengenai agamanya, lelaki berkenaan seolah-olah menyampaikan dakyahnya dalam keadaan yang amat halus dan seolah-olah memujuk.

Namun, Mohd Noor Farid dan rakannya cuba mematikan perbualan dengan alasan mahu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib segera. Menurutnya, ia adalah kali pertama kejadian sebegitu berlaku ketika dia berkunjung ke pusat membeli-belah. “Bagi saya perkara ini tidak sepatutnya terjadi memandangkan kita berada dalam bulan Ramadan dan seolah-olah mereka bebas dan tidak menghormati kita yang beragama Islam. “Tindakan perlu diambil memandangkan mereka bukan penduduk negara ini dan hanyalah pelancong, sudah begitu berani mendekati dengan cara sedemikian rupa, nasib baik saya bersama kawan-kawan, jika berseorangan bagaimana,” katanya.

Bukan itu sahaja, melalui tinjauan dalam laman sesawang Facebook, Sinar Harian menemui seorang pengguna yang juga anggota sukarelawan berkongsi gambar yang disyaki dua pelancong asing sedang menyampaikan ceramah agama kepada seorang lelaki Melayu Islam. Gambar yang dirakam sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling itu mendapati dua lelaki bangsa asing sedang berbual dengan pengayuh beca yang sedang berehat. Melalui laman berkenaan, pengguna Facebook Asti Toba berkata, gambar berkenaan dirakamkan semasa mereka menjalankan program mengumpul data golongan gelandangan.

Namun, tiba-tiba terdengar perbualan dua ‘pelancong’ dengan seorang pengayuh beca yang tidak berumah. "Apa yang mengejutkan saya, dua ‘pelancong’ itu tadi memberikan ceramah agama, bukan agama Islam sedangkan pakcik berkenaan ialah orang Islam. "Dipercayai mereka ialah ketua agama dan menyamar sebagai pelancong, malah dia juga menyogok pakcik berkenaan dengan RM50 dan berkata, 'Muhammad tidak betul," katanya. Itu antara cerita yang dikongsi Asti dan tidak ketinggalan dia juga sempat memberi nasihat kepada penduduk Pulau Pinang supaya berhati-hati.

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, jika tak keluar 'Post A Comment', caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot 'Post A Comment'... Pastu korang silalah tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

You Might Also Like

14 comments

  1. moga Allah SWT mlindungi umat2 Islam...

    ReplyDelete
  2. orang yahudi tak pernah berhenti menyerang umat Islam. Tak dapat buat secara kasar. diorang buat secara halus

    ReplyDelete
  3. haih kt kampung cheq ni , mudah2an xda kenalan Ty terkena

    ReplyDelete
  4. ya Allah...macam2 hal ye... dugaan lah tu... buat mereka yg punyai iman yg kuat...insya-Allah...semoga umat Islam sentiasa dilindungi Allah sepanjang bulan ramadhan ni..

    ReplyDelete
  5. jahat kan diorang tu..
    di sini pun ada juga..
    pakai kemeja putih, seluar hitam..
    kadang2 berbasikal..
    saya dgn mak saya pun pernah kena.
    ingatkan mereka tu kristian,
    tp macam pelik je apa yg mereka beritahu...

    ReplyDelete
  6. bahaya ni... memang kena berhati2... susah btl nak percaya dgn org yg baru kita jumpa... kena kuatkan ilmu agama...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/menu-idaman-di-bulan-ramadhan.html

    ReplyDelete
  7. lindungilah kaun2 islam.... bahayanyer.

    ReplyDelete
  8. kpg mad pun ada gak mat salleh masuk , diorang g rumah saudara mad. biasala memujuk rayu supaya murtad. kalau murtad diorang kasi wang..

    ReplyDelete
  9. ish2 takutnya.. be careful after this.. thankz for this info..

    ReplyDelete
  10. mintak2 aik2 aku, mak abah serta kawan2 aku dipelihara dari fitnah seperti ni

    ReplyDelete
  11. hmm, depa berdakwah jugak untuk kembangkan agama dan kepercayaan depa.

    Kita pun dengan orang bukan islam pun berdakwah dengan cara kita, mungkin diaorag pun ada tulis blog macam ni.

    yang penting pihak bertanggungjawab dan diri sendiri mesti sentiasa muhasabbah diri dan kuatkan tarbiyah agar kukuh iman didada kepada Allah S.W.T

    ReplyDelete
  12. dakwah la balik kat dio.. mudah2an dio pulak yang terimo islam... xgitu??

    ReplyDelete
  13. Τhanκs іn support of sharing such a pleasant thought, article is fastidiоus, thats ωhy i have read it fully
    Check out my site : payday loans

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad