Thursday, 2 August 2012

PANAS: Kenapa Ungkit Kisah Sebelum Hijrah, Soal Aishah..

KUALA LUMPUR: Artis bersuara emas, Wan Aishah Wan Arifin (gambar), melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau. Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah. “Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah. “Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.
baca lagi KLIK SINI

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini. Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila sesama Islam mengutuk penghijrahan artis terutama di laman social facebook dan twitter, sedangkan memperkatakan keindahan Islam menjadi tanggungjawab semua pihak. Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu. “Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”ujarnya sambil ketawa kecil. Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah. Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan Jalan ALLAH. "Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan Ajarah ALLAH S.W.T yang mengajarkan kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.
Menyentuh tentang Abby Abadi (gambar) yang telah ditamatkan kontraknya sebagai duta tudung Alhumaira Cotemporary, beliau menyambutnya dengan tenang dan memahami. Jelas Aishah, ia menjadi hak syarikat itu sendiri untuk membuat keputusan untuk kepentingan syarikatnya sendiri. “Bagaimanapun Abby jangan risau kerana rezeki Allah ada di mana-mana, Allah tidak akan menzalimi hambaNya. “Cadangan supaya Abby mengadakan jenama tudungnya sendiripun satu cadangan yang baik juga…, bagus”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Aishah masih meneruskan rutinnya memenuhi jemputan ceramah sepanjang bulan Ramadan ini. Semalam beliau baru pulang dari memenuhi jemputan di Negeri Sembilan.


sumber: harakahdaily.net
*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

6 comments:

  1. ada juga betulnya..
    saya yang baca kisah abby dari pelbagai sumber ni pun dah menjadi semakin keliru..
    kesian juga abby...

    ReplyDelete
  2. entahlah for KA wat is pas tu lepaslah, xde sornag pown yg perfectkan

    ReplyDelete
  3. jgn d ungkit yg lalu .. kt tak prefect mana pon... jom join GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html

    ReplyDelete
  4. betul juga dia cakap ni.. hemmm

    ReplyDelete
  5. rezeki tak ke mana... bumi ini milik ALLAH...

    ReplyDelete
  6. penghijrahan Aisyah tak byk kontroversi tp abby byk sgt kontroversi.. maybe abby boleh kaji semula kenapa? Berpolitik tak salah.. yg salah agama di politikkan.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"