SUBHANALLAH: Gadis Cina Yang Baik Hati... Sikap Terpuji
8/31/2012 02:25:00 am
Bila tak dapat tidur macam sekarang ni, tetiba pulak Abe teringin nak berkongsi dengan korang semua tentang SIKAP. Di sini, terdetik di hati Abe untuk berkongsi tentang gambar2 ni... Abe amik gambar2 ni dekat FB sikit masa dulu... Walaupun mungkin korang semua dah pernah lihat gambar2 ni, tapi pada Abe, SIKAP yang ditunjukkan dalam gambar2 ni wajar kita semua CONTOHI..
baca lagi & lagi gambar2 berkaitan, Klik TAJUK Entri ni...
baca lagi & lagi gambar2 berkaitan, Klik TAJUK Entri ni...
Gambar ini berkisah tentang seorang Gadis Cina yang telah menunjukkan sikap Berhati Mulia. Menurut kisah dalam gambar ini, sebaik sahaja Hujan mula turun secara tiba2, seorang lelaki tua yang tidak berdaya bergelut di dalam hujan yang lebat untuk menyelamatkan diri. ketika itu, datanglah seorang Gadis muda yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua yang kurang upaya itu. Walaupun kita semua dapat lihat dengan jelas yang payung itu tidak cukup besar untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan yang lebat, namun Gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam hujan yang lebat.... & pada Abe, ini adalah AGEGAN yang PALING indah di dalam hujan lebat itu... Abe terharu...
Mamat yang kat dalam bulatan ni tengok saja je.... Memang tak patut betul... Apa salahnya kan kalau tolong sama2 angkat lelaki tua tu, ish ish ish...
Perlahan2 lelaki tua tu mengesot untuk ke tepi untuk berteduh dari hujan yang lebat... Hurmmmmmm
Serius, Abe terharu dengan sikap Gadis tersebut... Apa pulak pendapat korang tentang gambar2 ni?.......
6 comments
semuga dalam dunia ini lebih ramai macam gasis itu. Utk gadis itu, semuga anda diberi balasan yang baik
ReplyDeletexramai antara kita yg memiliki sifat begitu kan, xsalah kan kalau kita mempunyai hati yg sentiasa bersedia menolong org lain
ReplyDeleteterharu la...
ReplyDeletesalam merdeka..
ReplyDeleteayat terakhir sebelum en.que taruk gambar tu, (yang mengandungi perkataan ADEGAN tu) salah ejalah.. En.que tereja AGEGAN.. Hehe..
Ok cekgu Liya, jap lg Abe betulkanmye... Hehhehehe.. Biasalah, Abe wat entri smlm jam 2pagi.... Tersasul menaip la tu, hhhehehhe.... Neway, tq ye :P
ReplyDeleteAda orang Islam yang memiliki nilai-nilai Islam dalam dirinya tetapi ada ramai orang Islam yang tidak memiliki nilai-nikai Islam dalam dirinya.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"