Wednesday, 15 August 2012

TELADAN: Sultan Kelantan, SULTAN MUHAMMAD V yang ZUHUD

"Allahuakbar"

Subhanallah, pepagi ni Abe nak kongsikan satu 'Perkongsian' yang Abe rasakan amat Hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim. Abe suka peribadi DYMM Sultan Kelantan ni yang sangat Zuhud (merendah diri)... Peribadi DYMM Sultan Muhammad V ni pada Abe wajar dijadikan ikutan untuk semua. Ni hanya pendapat peribadi Abe je, mungkin korang semua ada pendapat yang berbeza. Kata Wan Ziki lebih kurang macam ni lah:

Suatu hari semasa saya dalam Tingkatan 3 (kalau tak silap la), saya telah ke Masjid Muhammadi Kota Bharu untuk Solat Jumaat. Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang telah dihamparkan di saf betul-betul belakang sejadah Imam.

baca lagi Kisah Zuhudnya DYMM Sultan Muhammad V ni, klik je Tajuk Entri ni..
Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersembahyang 'Tahiyatul Masjid' di salah sebuah sejadah kuning yang betul-betul bersebelahan dengan satu sejadah kuning yang paling istimewa (pada saya sangat empuk). Ketika bei'ktikaf, saya mula sedari yang saya telah diperhatikan oleh semua orang para jemaah termasuklah Imam. Saya rasa serba salah yang teramat, sambil memikirkan kenapa semua orang pandang saya semacam. tapi saya diamkan saja tanpa bertanya kepada para jemaah yang lain.

Tidak lama kemudian, datanglah beberapa Pemuda Berbaju Kuning lengkap bersampin ke arah saya lalu mereka pun duduklah di atas sejadah-sejadah kuning tersebut. Baru saya menyedari bahawa, Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya iaitu di atas sejadah yang sangat empuk tadi..

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari sejadah yang telah saya duduki tersebut sebenarnya telah diKhaskan untuk seseorang individu. Ketika saya cuba untuk mundur ke belakang, seorang Pemuda yang saya yakini merupakan Pemilik sejadah berkenaan telah menghalang saya dari berundur ke belakang dan beliau terus duduk bersebelahan dengan saya. Ketika saya bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan satu senyuman manisnya kepada saya.

Hari ini, PEMUDA tersebut telah bergelar 'SULTAN' bagi Negeri Serambi Mekah ini, Kelantan Darul Naim... Ya Allah, ZUHUDnya DYMM Sultan Kelantan...

Jika dahulu semasa bergelar 'Tengku Mahkota Kelantan', baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'SULTAN', baginda telah membenarkan 'mahligai'nya di'inapi' oleh Ribuan Rakyatnya untuk berqiyamullail...

*Perkongsian Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, & untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena KLIK tajuk entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan Komen ye... Tq. Sila LIKE entri ni jika korang suka & korang rasa entri ni patut dikongsikan untuk kebaikan bersama... Tq, jasamu Dikenang. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....

13 comments:

  1. sangat berjiwa rakyatkan... Allahu akbar!

    ReplyDelete
  2. susah nak jumpa pemimpin yang sebegini

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Alhamdulillah..bertuah sgt rakyat kelantan

    ada MB & Sultan yang berjiwa mcm nih..

    Semoga menjadi contoh kepada negeri2 lain..

    ambo nak jd org kelantan jugak lar..buleh ;p :)

    ReplyDelete
  4. Bila baca je kisah sultan kelantan , mesti meremang bulu roma .. Ya Allah bertuahnya kami mempunyai pemimpim seperti baginda ..

    ReplyDelete
  5. tiba2 jer sebak jer akak baca ni...mungkin rasa bangga dan gembira dapat sultan yang berjiwa rakyat ini...:)

    ReplyDelete
  6. bangga menjadi rakyat kelantan :')
    sy follow blog abe ^^

    ReplyDelete
  7. satu dalam sejuta....
    allahuakbar....

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. ini pemimpin yang kita cari

    ReplyDelete
  9. bangga jadi rakyat kelantan.moga ia jadi contoh buat pemimpin yang lain.

    ReplyDelete
  10. sultan berjiwa rakyat :)
    bangga jadi ore kelate ^^

    ReplyDelete
  11. sy bukan org kelate tp rs bangga juga sebab ada sultan yg berjiwa rakyat dan merendah diri.. muga baginda sentiasa dipelihara olehNya.. amin :)

    ReplyDelete
  12. Tuanku adalah seorang Sultan yg amat di kasehi sekelian Rakyat Kelantan diatas Zuhud peribadi Tuanku patek berasa sungguh malu rasanya pada diri sendiri contoh apabila melihat keperibadian Tuanku yg mulia hasil dari didikan seorang Ulamak dan Wali Allah yg tanpa kita sedari semoga Allah mencucuri Rahmat keatas diri Tuanku Sultan Kelantan yg Fakirullah dan di kasehi seluruh umat Muhammad di Jajahan Serambi Mekah khusus nya dan Persekutuan Tanah Melayu Nusantara ini umum nya.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"