TERKINI: Kemalangan Di Lebuhraya Sg. Besi - KL berhampiran Desa Petaling
8/03/2012 12:35:00 pm
Salam
Semasa Abe nak ke Kuala Lumpur, tetiba je Abe terpaksa lalui saat 'jammed' disepanjang perjalanan. Lama tu, dekat sejam jugak Abe terpaksa tunggu. Kemalangan di Lebuhraya Sg Besi - KL berhampiran Desa Petaling melibatkan sebuah Kereta Hybrid dengan Motosikal mengakibatkan kecederaan kepada penunggang motosikal. Melalui pengamatan mata Abe, tiada sebarang kemalangan nyawa berlaku. Cuma terdapat kecederaan fizikal yang teruk kepada penunggang motosikal sahaja sebab Abe dapat tengok penunggang motosikal tu merengkok mengerang kesakitan.
Abe tak dapat lihat dengan jelas bagaimana tahap kecederaan sebenar yang dialami oleh penunggang motosikal tersebut sebab keadaan jalan yang amat 'jammed' sekali. Abe cuma sempat 'snap' gambar dari dalam kereta Abe je. Apa2pun, kita hanya boleh doakan agar mangsa kemalangan berada dalam keadaan yang stabil dan cepat sembuh daripada kecederaan. Kereta @ Motosikal rosak takpe, boleh baiki. Bab yang melibatkan kecederaan pada manusia tu je yang tak sedap didengar, huhuhuhuhu... Ye la, di Bulan Ramadhan yang mulia pulak ni, hurmmmmm... Teringat pulak Kes Tragedi 1 Ramadhan lepas, kematian seorang remaja perempuan di Putrajaya tatkala balik dari membeli juadah & kurma untuk Berbuka Puasa...
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Published with Blogger-droid v2.0.6
4 comments
moga segalanya baik2...
ReplyDeletepada pemandu2 hati yer.
kena sentiasa berhati2! musin raya nnti lagilah sibuk dijalanraya ni
ReplyDeleteberhati-hati di jalan raya.. kdg2 salah motor sbb suke menyelit.. kdg2 salah lori sbb diorg ni kdg2 kurang ajar.. x nk beralah pn ye.. kdg2 takdir yg kita x tahu, x boleh nk salahkn sesape.. =) ape2 pon semoga org dlm kemalangan ni selamat dan cpt sembuh..
ReplyDeleteSuami akak pun terlibat kemalangan sesama motor hari ini di persimpangan tol Jln Duta..
ReplyDeletetulang selangka bahu terkehel sebulan Dr bagi MC dan tak dibenarkan memandu..
Ujian di bulan Ramadhan.
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"