Friday, 17 August 2012

TERKINI: Lelaki Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya Di TAWAU

TAWAU - Seorang lelaki berumur 54 tahun hilang, dipercayai dibaham buaya, ketika sedang menjala udang bersama anak lelakinya di Sungai Udin, Dumpas, dekat sini, semalam.

Mangsa, Jailani Inderasaya, dari Kampung Jagung, Merotai Besar, dikatakan keluar menangkap udang bersama anaknya Azwan,16, ketika kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni...

Menurut Azwan, ketika ayahnya sedang menjala udang di tepi sungai berkenaan, tiba-tiba seekor buaya sepanjang kira-kira 15 kaki keluar dari tebing sungai itu lalu menggigit bahagian bahu ayahnya sebelum menariknya ke dalam sungai dan tenggelam ke dalam air.
Katanya setelah ayahnya tidak timbul-timbul, dia terus bergegas balik ke rumah dan memaklumkan keluarga dan rakan-rakan yang kemudian berusaha mencari mangsa hingga ke malam namun gagal menemuinya. - BERNAMA

1 comment:

  1. Duhh...kesiannya...
    tp kan, di mana ada udang, di situ ada buaya...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"