TERKINI: Padah membeli online Sempena Aidilfitri, akhirnya di tipu....
8/05/2012 02:30:00 pm
Raya dah nak dekat, mungkin masing2 dah beli baju raya dah kot... Pada Abe, Abe hanya pakai baju tahun lepas je. Abe tak kisah sangat bab berpakaian ni, Abe ok je pakai apa2 pun. Lagipun ada selai lagi baju T-Shirt baru yang Abe dah beli, belum Abe pakai lagi.. Pakai yang tu jelah Raya nanti.. Yang Abe dahulukan, baju raya utk Mak, Ayah & Adik2 Abe... Tu paling penting pada Abe.. Abe nak citer ni, masa Abe belek2 KosmoOnline tadi, Abe adalah terpandang artikel ni, tersentap Abe. Bersimpati pun ada... Dunia sekarang, penipuan berleluasa... Ni Abe kongsikan dengan korang semua...
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung
baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial,
Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang
dipesan tidak diterima. Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini
kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak
diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai
laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut
selepas dua hari membuat bayaran.
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang
mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan
hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini
semalam. Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman
pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai
lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba
moden berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu
sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita
membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga
kepada RM50 sepasang,” ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di akhbar Kosmo!
*Perkongsian
Abe ini hanyalah semata2 untuk diambil ikhtibar pada kita semua, &
untuk korang komen Blog Abe ni, caranya, korang kena kena KLIK tajuk
entri ni, barulah akan muncul Slot Komen... Pastu korang tinggalkan
Komen ye... Tq. Pada yang masih belum lagi jadi Sahabat Abe, silalah jadi Sahabat Abe di www.queachmad.com....
4 comments
woahhh bahaya jugak ye..
ReplyDeleteSememangnya saya tak berani shopping online.
ReplyDeletekesiannya...
ReplyDeletesemoga menjadi pengajaran..
sy pun pernah juga shoping online..
tp dlm kuantiti yang tak bnyk (1-2 pasang je)..
setakat ni tak pernah la tertipu..
minta2 dijauhkan..
saya adalah pembeli dan peniaga online dari tahun 2008 lagi...sebagai pembeli online, anda perlu bijak semasa membeli, selidik laman web/fb penjual dahulu...jgn nampak cantik n murah terus beli...bila brg murah daripada biasa tu lagi banyak risiko...check first!!!
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"