1. Pakaian itu mestilah menutup aurat. Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui
Nabi S.A.W dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu
telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini
dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh badan dari luar. “Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah: kaum
yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang
(tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang
bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan
punuk (bonggol) unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak
yang sangat jauh” (Riwayat Muslim)
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau
selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang
menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu. Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin
Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan
Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri
kamu!”. Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya
untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan
auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak,
tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna
hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki
melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya). Menurut
Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw
ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum,
demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada
pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai
bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan
oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru, atau menyerupai pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
entri yang baik....
ReplyDeletesharing ...
very informative post.....Alhamdulillah....
ReplyDelete