Monday, 10 September 2012

APA NI?: Adegan R@njang Dalam Filem Pun Ikut Sunnah Rasulullah? Bawa-bawa la berfikir sebelum bercakap...

MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton. Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Pada Abe, tak patut dia cakap macam ni...

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak. “Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi. “Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri. “Perkara ini ada yang beranggapan ia terlalu seksual tetapi hendak diikutkan, ia ada dalam sunnah. Saya bukan sengaja untuk menimbulkan kontroversi semata-mata mahu menarik perhatian orang untuk menonton filem ini.

“Apa yang ingin saya paparkan, banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusinya terutama dalam keadaan sekarang apabila ramai daripada kita yang tidak memahami akan konsep berkongsi hidup sebagai suami isteri dan berumahtangga,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran novel Mencari Cinta yang diangkat dari skrip asal filem ini, baru-baru ini.

Filem ini menampilkan Nora berganding dengan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20), Rusdi Ramli. Ia turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Daphne Iking, Fouziah Gous, Norlida Ahmad dan Mahmud Ali Basha. Berdasarkan sunnah juga, sebagai pengarah Shirin cuba menggambarkan bagaimana seorang suami harus menggauli isteri di kamar tidur dan tidak dinafikan ada juga dipaparkan bagaimana Rusdi mencium Nora sebagai isterinya.

Filem Mencari Cinta mengisahkan Rusdi, pemuda kampung dijodohkan dengan gadis kaya. Mereka dinikahkan bukan atas dasar cinta. Tidak suka dengan pilihan keluarga, gadis kaya itu cuba memberontak dan merendah-rendahkan suaminya yang bekerja sebagai peladang. Namun berkat kesabaran dan caranya membeli jiwa isteri mengikut sunnah Nabi, akhirnya mereka bahagia. “Niat saya menghasilkan filem ini baik iaitu ingin memaparkan cara hidup yang baik untuk mereka yang merancang berumahtangga atau sudah berkahwin. Ia banyak memaparkan peranan suami kepada isteri, apatah lagi sekiranya perkahwinan dibina itu bukan atas dasar cinta.

“Biar mereka yang menyaksikan filem ini faham maksud nikah itu apa dan bukan selepas kahwin sebab tidak suka beberapa perkara mahu bercerai. Dalam filem ini, satu saja yang hendak saya jelaskan bahawa kalau baik seorang suami itu, akan jadi baik jugalah isterinya,” katanya. Bagi memastikan filem ini tidak menimbulkan kontroversi apabila ia ditayangkan kelak pada Disember ini, ia turut dihasilkan dalam bentuk novel khas dengan judul sama yang diangkat dari skrip asal ditulis Shirin.

Kata Shirin, pihaknya memilih untuk menerbitkan novel ini agar ia dapat memberi penjelasan lebih terperinci terhadap babak-babak dalam filem yang kemungkinan bakal dianggap sensitif mahupun keterlaluan bagi sesetengah pihak. “Selama satu jam setengah, filem ini mungkin tidak mampu untuk bercerita dengan terperinci secara visual terutama babak-babak romantis antara Nora dan Rusdi. Malah ada juga babak dianggap sensitif saya terpaksa buang. “Begitupun, dengan adanya novel ini orang ramai boleh membacanya dan apabila menonton filem ini nanti, mereka akan lebih faham dan diharapkan mesej yang ingin saya ketengahkan akan sampai kepada mereka,” katanya.

Mengenai gandingan Nora dan Rusdi, Shirin berkata, dia sangat berpuas hati terutama komitmen dan penghayatan diberikan Nora. Katanya, peminat akan melihat sisi berbeza Nora dalam lakonan apatah lagi ini kali pertama dia membawa watak wanita antagonis yang degil, bengis dan keras. “Ternyata dia berjaya menzahirkan apa yang saya mahukan. Sementara Rusdi pula agak malu-malu. Malah dia banyak mempersoalkan mengapa saya harus memaparkan dirinya dalam keadaan begitu dan begini.

“Mengambil contoh dia malu untuk berlenggeng dan hanya berkain pelekat. Begitu juga sewaktu menjalani babak sewaktu bersama Nora. Namun selepas dijelaskan dan ditunjukkan sebabnya mengapa, barulah dia faham dan melaksanakan apa yang saya mahukan,” katanya.

Metro & Pilihan-Anda

*Pada Abe, tapis dulu sebelum bercakap, takut nanti makan diri pulak.. Malu tak pasal2... Bab2 agama ni jangan duk wat main2... Jangan nak samakan Peribadi Baginda Rasulullah S.A.W dengan mende2 macam ni... Ni sekadar pendapat peribadi Abe yang jahil ni je, hurmmmm

9 comments:

  1. memesongkan pemikiran!
    itu je komen saya yang bukan Islam ni..
    hmmmmm......

    ReplyDelete
  2. sesuke hati dorg je kn..mendenya sunnah nabi.tutup aurat x plak..bab2 mcm nie plak y diketnghkn..bla r.

    ReplyDelete
  3. memang jahil dan terpesong. kita kena boikot boikot filem2 mcam nie. ni bukan sunnah nabi. ni rekaan.

    ReplyDelete
  4. Kalau orasng jahil yang bercakap soal Islam payah...kalau pengarah jahil maka lahirlah filem jahil.

    Nak betulkan macam mana...wujudkan panel syariah dalam FINAS. Sebelum pengarah mengarah filem rujuk panel syariah dulu

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn komen tinta asyraf.....tak tutup aurat tu satu... Pegang 2 lagi dah dua... menjual nama RasulAllah dah tiga....

    ReplyDelete
  6. Merepek je budak tu. Sunnah Rasulullah s.a.w apanya? Dah sah jantan dan betina yang berlakon tu bukan laki bini.

    ReplyDelete
  7. LELAKI N PEREMPUAN BUKAN MUHRIM TIDAK BOLEH BERSENTUH TAHU TAK HARAM ....

    ReplyDelete
  8. memang nabi suruh buat begitu...tapi untuk yang betul2 suami isteri ja. ni yang berlakon tu sah2 bukan laki bini. dah tu menayang kat orang aurat. sunnah nabi bab2 macam ni bukan nak kena tunjuk ikut praktikal, tapi kena diajar oleh ustaz. nasib baik dia tak tunjuk macam mana cara nak berjimak sepeti yang disarankan oleh para ulama...ikut sunnah la katakan!

    ReplyDelete
  9. memang nabi suruh buat gitu...tapi untuk laki bini yang betul2 ja. ini bukan laki bini pun... berlakon ke apa ke...tetap haram. nasib baik dia tak tunjuk cara berjimak seperti yang disarankan oleh para ulama...sunnah la katakan!

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"