PASIR GUDANG: Gara-gara mahu menang judi empat nombor ekor, seorang
buruh kontrak mendakwa bukan saja terpedaya apabila diminta membeli
mantera khas berharga RM1,000 daripada seorang bomoh untuk dipuja di
sebuah jirat Cina selama 10 hari, malah turut dirasuk menyebabkannya
menderita akibat gangguan misteri. Menceritakan kejadian yang berlaku ketika mengunjungi tanah perkuburan
bukan Islam itu buat kali ke-10, mangsa yang mahu dikenali sebagai
Razak, 45, berkata, dia tidak menyangka niatnya untuk memuja sebuah
jirat di Pasir Gudang, di sini, dengan harapan memenangi judi mengundang
masalah.
Menurutnya, dia berkunjung ke jirat itu sebulan lalu berseorangan pada
tengah malam selepas dinasihatkan bomoh yang memaklumkan jirat itu
keramat kerana didakwa milik seorang sami. “Saya terpengaruh dengan bomoh itu kerana mendakwa beberapa kenalannya
hidup kaya-raya selepas menjalankan upacara pemujaan di jirat terbabit.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Bomoh berusia 50-an itu memaklumkan kaedahnya mudah iaitu saya hanya perlu melakukan pemujaan sekurang-kurangnya 10 kali di kubur itu sebelum diberikan empat nombor ekor melalui mimpi. “Jirat berkenaan menjadi tumpuan kaki judi selepas seorang kaki ekor didakwa mendapat habuan RM100, 000 awal tahun ini,” katanya, semalam. Menurut Razak, bomoh yang mendakwa berasal dari Jawa, Indonesia juga memujuknya membeli mantera khas berharga RM1,000 kerana mendakwa mampu melengkapkan pemujaan itu.

Katanya, dia juga diminta membawa oren, tebu, pisang dan colok untuk menjamu roh sami terbabit sambil membacakan mantera diberi. “Saya juga diminta melakukan pemujaan di jirat terbabit berseorangan selain merahsiakannya daripada ahli keluarga serta saudara. “Kali terakhir saya mengunjungi jirat itu pada 8 Julai lalu. Saya
dimaklumkan saudara bahawa saya dirasuk ketika berada di rumah, saya
bukan saja tidak sedarkan diri selama beberapa jam, malah suara bertukar
garau,” katanya.
Menurutnya, dia dimaklumkan individu tertentu bahawa jirat dipuja itu
bukan kepunyaan sami, sebaliknya hanya helah bomoh terbabit untuk
melesapkan wang saya. “Saya menceritakan perkara sebenar kepada keluarga sebelum dihantar
menjalani rawatan dengan seorang pengamal perubatan Islam di Taman Kota
Masai,” katanya.
eee....
ReplyDeletesanggup pula dia buat begitu...
huuuu... macam tu pun sanggup kaaa...
ReplyDeleteaiyaaaa.
Desprado sgt ke... haih no comment la manusia macam ni...
ReplyDelete