Friday, 21 September 2012

EKSKLUSIF: (Gambar) Pautan BERITA SEBENAR: Tangan HANTU Ganggu Gadis Sedang Mandi Air Terjun

Kaji punya kaji, searching punya searching, akhirnya Abe terjumpa jugaklah sumber sebenar gambar ni dalam Internet... Entri Abe ni susulan daripada 'entri' Abe petang tadi... Ni Abe sertakan bersama keratan daripada sumber Abe tu.. Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post:

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit. Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya. “Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam. Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu. “Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan. Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu. Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut. Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada. Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’. Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit. Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Sumber : The Borneo Post Online

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"