EKSKLUSIF: Kesan Buruk Makan Kuning Telur
9/15/2012 05:00:00 pm
Para
pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat
mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya
merokok. Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital.
Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama
buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan
kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Aterosklerosis
adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding
arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah
merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan
stroke. Penelitian
tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih
kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan,
lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.
“Telah
diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi
meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol
yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam
sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.”
kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.
1 comments
nasib baik memang tak berapa minat makan telur kuning ni...huhu
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"