Thursday, 13 September 2012

EKSKLUSIF: Pasangan Direndam Dalam Air Kerana Berzina

Akibat tidak makan ‘saman’ dengan teguran oleh penduduk-penduduk kampung, sepasang kekasih ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung Gampong Crung Padang Tiji, Indonesia ketika asyik memadu asmara di dalam sebuah rumah. Amir Mukhtar 26, dan kekasihnya Ernawati 22, ditangkap dalam keadaan separuh bogel ketika melakukan zina dan mereka berdua di bawa berjumpa dengan pihak ketua tertinggi di kampung tersebut. Menurut laporan dari blog Suarapeople.com yang Abe baca tadi, orang-orang kampung mendakwa pasangan itu kerap dilihat mengunjungi sebuah rumah di kampung berkenaan dan menyangka mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. 
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
Setelah mengetahui yang Amir dan Ernawati bukanlah pasangan suami isteri, orang-orang kampung telah mengambil langkah untuk menasihati akan tindakan bukan muhrim yang mereka lakukan tetapi langsung tidak diendahkan. ‘Kegiatan’ zina antara Amir dan Ernawati telah diintip oleh orang kampung ketika mereka asyik bercumbu di dalam sebuah bilik di rumah terbabit dan terus ditangkap menyebabkan mereka berdua tidak sempat untuk memakai pakaian mereka semula.

Kerana geram dan marah nama kampung mereka terjejas, Amir dan Ernawati telah dihukum rendam dalam air di atas perbuatan berdosa mereka. Ibu bapa masing-masing juga dipanggil untuk melihat sendiri perlakuan tidak bermoral anak-anak mereka. Difahamkan, pasangan itu baru sahaja berkenalan dan perkenalan itu baru mencecah usia setahun.

*zina punya pasal, malu buleh sakit buleh...

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"