ALOR GAJAH - Perubahan sikap yang berlaku ke atas seorang murid
perempuan Tahun Enam di sebuah sekolah dekat sini, mendedahkan perbuatan
kejam seorang lelaki warga emas yang didakwa merogol kanak-kanak
terbabit sejak empat tahun lalu. Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri (Operasi dan Risikan),
Superintendan R Gunarajan berkata, kejadian itu berlaku sejak 2007
ketika mangsa berusia lapan tahun dan sedang bersekolah dalam Tahun Dua
di sekolah terbabit sering diperkosa oleh suspek yang berusia 60 tahun
sehingga penghujung 2010.
Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini. “Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa kemurungan sejak kebelakangan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Mangsa kemudiannya memaklumkan dia dirogol seorang lelaki yang juga
jiran sebelah rumahnya ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah,” katanya. Gunarajan berkata, selepas itu guru kaunseling itu menemui ibu bapa
mangsa dan menceritakan kejadian yang berlaku sebelum diarahkan membuat
laporan di balai polis berhampiran serta menjalani pemeriksaan di
klinik.
Menurutnya, difahamkan mangsa dirogol secara berterusan sejak 2007 dan perbuatan kejam itu disyaki dilakukan suspek berulang kali tidak mengira waktu sama ada di rumah atau di kebun jering berhampiran rumah mangsa di sebuah Felcra di daerah ini. “Perubahan sikap mangsa itu disedari seorang guru kaunseling pada Selasa lalu yang melihat mangsa kemurungan sejak kebelakangan ini sebelum memujuk mangsa untuk menceritakan masalah yang dihadapi.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni
“Mangsa yang dilihat sugul dan murung dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani pemeriksaan dan hasil mendapati mangsa tidak mengandung,” katanya. Katanya, suspek yang berusia 60 tahun itu ditahan di rumahnya pada petang laporan dibuat kedua ibu bapa mangsa dan suspek kini ditahan reman sehingga 22 November ini bagi menjalankan siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan memperkosa gadis bawah umur dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Seksual dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) untuk siasatan lanjut,” katanya.
pokcik tu ade masa depan yng cerah....slamat
ReplyDeletePakcik tu kena berkelakuan baik dan membuat kerja kebajikan, selamat dari hukuman...
ReplyDeletemacam2 kan skrg ni kes... isyhhhh
ReplyDeletemmg gile!
ReplyDeleteBegitu punya lama, mak ayah budak tu tak perasan ke?
ReplyDeletetakut nyer isu2 mcm ni.
ReplyDeleteya allah, jauh2kan drpd kita semua ...
kat melaka yea? itu tempat baling cat pada bsa kan.... brutal tempat tu! orang benggap aje datangnya dari tgempat sebegitu.
ReplyDeletePakcik tu kena cepat2 belajar main boling dan kalau boleh mewakili negara..supaya tak kena hukuman.
ReplyDelete