”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami,
kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit
mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya
mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)
Bagi sebahagian besar umat
Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran
yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak
beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis
Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.
Persidangan
Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981
menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan
yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim
mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
anatomi. Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa
agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan
tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu
tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand
itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi. Apabila
ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen
meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan
tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan
mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan
bahan kajian.
Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim
untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang
profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada. Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran. Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit). Dalam
tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan
yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah,
Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.
Penemuan
moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang
terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi. Saat
terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis),
seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak
berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur
sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak
saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu
anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran. Ayat 56 surah
An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke
dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap
kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab
Allah.
Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”
Sebelum
berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para
ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini
berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang
Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin
berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya,
“Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?” Mereka memberitahu
Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin
ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya. Dari para ilmuan
Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang
Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan
Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor
yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu
itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah
tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu. Maklumat yang
dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa
kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan,
telah mengislamkan lima mahasiswanya. Hingga akhirnya, pada
Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen
kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang
berkaitan dengan ilmu perubatan.
Dalam persidangan yang
berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan
dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam. Di
akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium.
Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal
minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang
membuatnya meyakini kebenaran Islam.
“Segala yang terakam dalam
Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan
oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah
menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta,
“katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah
syahadat.
(Sumber: Republika.Co.Id)
Prof Tejasen mengucap Syahadatain. Allahu Akhbar!
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=y_Xek3DGrao
segala kehidupan di dunia ada dalam alquran
ReplyDelete