Sunday, 2 September 2012

KISAH BENAR: Kenapa Kami Kena JADI MANGSA... Insaflah... Tolonglah HENTIKAN, jika ianya BENAR...

Salam... Petang ni Abe terpanggil untuk menulis... Abe nak kongsikan dengan korang semua tentang satu perkongsian yang pada Abe, Abe rasakan ianya Lahir dari Hati... Pada Abe, DIA menulis sesuatu dari Hati. Bukan kisah pasal tak puas Hati atau sakit Hati atau makan Hati... Ia cuma kisah tentang Keikhlasan Hatinya luahkan apa yang ada di Hatinya... Kisah Hati sedih tak tertanggung... Sedih takut nanti KAMU diadili di SANA & DIA tak dapat bantu KAMU lagi..., kata Dia...

Ceritanya DIA pada Abe, kadang2 banyak kali DIA terfikir, kenapa sampai jadi macam ni? Salah sangatkah DIA & PASANGANNYA ni? Berdosa besarkah DIA ni? Apa salah PASANGAN DIA sampai PASANGAN DIA pun diheret sama? Kenapa perlu PASANGAN DIA Wajib KENA tanggung dendam ni? Mengapa pilih PASANGAN DIA untuk dikhianati, didendami jugak? Salahkah apa yang DIA nasihati? Apa yang berlaku dulu dahpun berlaku... Patah balik tak mungkin. Tapi tak semestinya KAMU tak boleh perbaiki diri... Tolonglah, TOLONG HENTIKAN jika ianya Benar KAMU masih berdendam... Cukup2 lah... KAMU kena ingat, jika ada izin umur KAMU dipanjangkan Allah, KAMU akan lama lagi akan hidup di dunia ni... Tak takutkah KAMU dengan kehidupan baki KAMU di dunia & masa hadap KAMU di SANA nanti?
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Nak merayu, katanya pada Abe, DIA tahu pada siapa harus DIA rayu...nak menuduh pulak, katanya DIA takdak bukti sahih. Nak menyalahkan, tak da langsung niat di hati DIA. Katanya jugak, DIA tegur terus dulu sebab DIA memang tahu, ALLAH TAALA beri kekuatan padanya ketika itu untuk DIA beranikan diri menegur, walaupun DIA tahu kesannya adalah seperti apa yang DIA alami kini... Apa yang berlaku dulu, semuanya berNIAT BAIK lahir dari hati DIA, sebabtu DIA berani tegur! katanya... DIA berani amik risiko... Walaupun dah lebih setahun DIA KENA tanggung derita.. DAH LEBIH SETAHUN!!

Tolonglah Hentikan, tolong sangat2.. Kalau tak kasihankan DIA sekalipun, kasihankanlah PASANGAN DIA... Tak seharusnya PASANGAN DIA kena jadi MANGSA keadaan. Tolonglah fikir balik apa yang KAMU buat dulu, KAMU lalui dulu, KAMU jadikan gayahidup KAMU dulu, KAMU ulangi sentiasa dulu, KAMU gemari dulu, KAMU sukai dulu, KAMU banggakan dulu SUATU PERKARA YANG NYATA BERDOSA BESAR.... Ini Hukum ALLAH.. Jangan sangkal, jangan menidakkannya... Jangan JAHIL dengan MengHALALkan yang HARAM... KAMU kena akur hakikat walaupun DIA, atau orang lain atau sesiapapun jua tak nampak apa aktiviti KAMU, ALLAH TAALA nyata NAMPAK... Malaikat Kiri Kanan KAMU nampak, KAMU tak boleh lari dari PANDANGAN ALLAH TAALA...

*DIA tahu KAMU sentiasa jadi 'Silent Reader' blog Abe ni, tolonglah INSAF, tolonglah berubah... DEMI ALLAH, DIA maafkan KAMU... DIA MAAFKAN KAMU... Abe kaku...
Published with Blogger-droid v2.0.9

4 comments:

  1. Penulisan yang amat bermakna..
    semoga si dia yang dimaksudkan itu insaf..

    ReplyDelete
  2. 'DIA' mungkin juga adalah mangsa keadaan. 'PASANGAN DIA' juga adalah mangsa. diharapkan semoga 'KAMU' bertaubat dan Insaf

    ReplyDelete
  3. Tulisan yg lahir drp pengalaman n hati, rasa smooth je bila baca

    ReplyDelete
  4. Erm... sama2lah kita ambik iktibar.. jdkan pngajaran..

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"